Piala FA : Kelantan ke Suku Akhir

Friday, March 4, 20110 comments



Badri Radzi jaring gol kemenangan pasukan

Kelantan mengesahkan tiket ke suku akhir selepas menjinakkan pasukan Johor FC, dengan jaringan 0-1 di arena lawan, Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor sebentar tadi. Kelantan memperoleh gol tunggal perlawanan menerusi ketua pasukan, Badri Radzi pada minit ke-9.

Untuk perlawanan suku akhir, Kelantan akan melayan kunjungan Felda United pada suku akhir pertama di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada 15 Mac 2011 sebelum berkunjung ke arena lawan pada 19 Mac 2011. Felda United menempah slot ke suku akhir selepas mengetepikan cabaran Kedah dengan jaringan 1-0.


Keputusan venue lain :

ATM 2 - 3 Terengganu*
Harimau Muda A 1 - 2 Johor*
Perak* 3 - 0 Sime Darby
Johor FC 0 - 1 Kelantan*
Felda United* 1 - 0 Kedah
Selangor* 2 - 1 Harimau Muda B
PKNS 1 - 3 Pahang*
Negeri Sembilan 0 - 0 Kuala Lumpur*
(Kuala Lumpur menang penalti 2-4)

*pasukan yang layak ke Suku Akhir


Jadual Suku Akhir (15 & 19 Mac 2011)

Kuala Lumpur vs Pahang
Perak vs Terengganu
Selangor vs Johor
Kelantan vs Felda United
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger