Prebiu Perlawanan : Pahang lwn Kelantan

Friday, March 11, 20110 comments


MISI REBAHKAN TOK GAJAH


Pendahulu Liga Super 2011, Kelantan akan bertandang ke arena lawan, Stadium Darul Makmur malam ini dalam misi meraih tiga mata penuh bagi mengukuhkan cengkaman Liga. Setakat ini, pasukan Kelantan menerajui Liga dengan 14 mata hasil empat kemenangan dan dua seri. Rekod tanpa kalah Kelantan masih belum dipecahkan. Manakala untuk pasukan Tok Gajah, mereka sekadar berada di kedudukan kelapan Liga hasil dua kemenangan, satu seri dah kalah tiga kali.

Diatas kertas, sudah pasti pasukan Kelantan menjadi pasukan pilihan untuk memenangi pertarungan ini namum amukan Tok gajah tidak boleh dipandang sepi dimana mereka mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri. Skuad Pahang sudah pasti tidak memberi laluan mudah kepada pasukan Kelantan dan mereka juga sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam perlawanan ini.

Berdasarkan rekod pertemuan Liga Super musim lepas, Kelantan hanya memiliki sedikit kelebihan dimana pasukan Kelantan yang di bawah kendalian B.Sathianathan pada ketika itu menang tipis 2-1 di Kota Bharu sementara hanya mencatat keputusan seri 3-3 ketika beraksi di Stadium darul Makmur, Pahang. Ini bermakna, Kelantan tidak boleh memandang mudah cabaran pasukan Pahang yang dilihat lebih kuat berbanding musim lepas.


ANALISIS KESEBELASAN UTAMA KELANTAN (4-5-1)


PENJAGA GOL :

Di posisi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang baru saja pulang dari tugasan bersama pasukan Olimpik Kebangsaan di Lahore, Pakistan dijangka akan terus diberi tugas untuk memastikan gawang pasukan Kelantan tidak dibolosi lawan. Namun, jika Khairul Fahmi masih lagi keletihan kerana baru pulang, Kelantan tidak mempunyai masalah untuk menurunkan penjaga gol kedua, Shahrizan Ismail yang turut beraksi cemerlang pada perlawanan Piala Fa menentang Johor FC ketika Khairul Fahmi bersama skuad Olimpik Kebangsaan.


PERTAHANAN :

Setakat ini, barisan pertahanan Kelantan wajar mendapat pujian kerana kekebalan mereka mempertahankan gawang daripada dibolosi. Gandingan mantap Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi,, Farisham Ismail dan Zairul Fitree dilihat cukup kebal dan sukar digugat. Sementara S.Subramaniam yang kerap bertukar tempat dengan Zairul Fitree dalam kesebelasan utama juga dilihat cukup berkesan. Untuk perlawanan bertemu Pahang, Daudsu, Rizal, Farisham dan Zairul dijangka akan bermula dalam kesebelasan utama sementara S.Subramaniam dan Aziz Ismail pula berada di bangku simpanan.


TENGAH :

Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu mempunyai banyak pilihan di posisi ini. Dijangka kali ini Datuk M.Karathu akan menurunkan lima pemain di posisi tengah. Ketua pasukan, Badri Radzi akan bergandingan dengan Shakir Shaari di bahagian tengah dan mungkin akan dibantu oleh Danial Fadly. Sementara di bahagian sayap kiri dan kanan, Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu dijangka akan mengisi posisi berkenaan. Solehin Kansian pula dijangka akan diletakkan di bangku simpanan sebagai "super sub".


PENYERANG :

Di bahagian serangan, kehilangan Ramzul Zahini Adenan dilihat sedikit menjejaskan ketajaman jentera serangan. Datuk M.Karathu hanya mempunyai pilihan yang terhad dimana harapan besar diletakkan di bahu penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha. Selain Norshahrul, Kelantan hanya ada dua orang penyerang, iaitu Khalid Jamlus dan Nizad Ayub. Dijangka Datuk M.Karathu hanya akan mempertaruhkan Norshahrul Idlan sebagai penyerang tunggal sambil disokong oleh lima pemain tengah.

Norshahrul harapan pasukan Kelantan


BARISAN KEMUNGKINAN (4-5-1)

Apex

Daudsu | Rizal | Farisham | Zairul

Danial | Shakir

S.Chanturu Nurul Azwan
Badri Radzi (C)

Norshahrul Idlan Talaha




ANALISIS KESEBELASAN UTAMA PAHANG (4-4-2)


PENJAGA GOL :

Di posisi penjaga gol, jurulatih Pahang, Dollah Salleh dijangka tidak mempunyai masalah untuk menurunkan penjaga gol utama Pahang, Mohd Rosfaizul Azuar bagi menahan asakan dari penyerang pasukan Kelantan. Sementara itu, Wan Mohd Azrie dijangka akan diletakkan sebagai penjaga gol kedua.


PERTAHANAN :

Di posisi pertahanan, dijangka akan dibarisi oleh Mohd Saiful Nizam, Mohd Nazrulerwan, Mohd Zaiza dan juga Mohd Fazrizul. Tugas berat sudah pasti menanti barisan pertahanan Pahang bagi merantai pergerakan penyerang lincah, Norshahrull Idlan Talaha yang kini menerajui carta penjaring terbanyak Liga Super.


TENGAH :

Di posisi tengah, Ketua Pasukan Pahang, Jallauddin Jaafar akan menerajui bahagian tengah pasukan dibantu oleh bekas pemain Felda United, Mohd Munir Amran. Selain itu, Shahrizan Salleh dan Famirul Asyraf dijangka akan mengisi jentera tengah pasukan. Famirul Asyraf perlu diberi perhatian kerana beliau telah bejaya menjaringkan dua gol dalam enam perlawanan setakat ini.


PENYERANG :

Bahagian serangan Pahang dilihat boleh memberi ancaman kepada kubu Kelantan. Penyerang berbisa mereka, Azamuddin Akil yang menjaringkan gol pada pertemuan dengan Kelantan musim lepas perlu diberi perhatian. Pemain ini cukup liar dalam usaha menjaringkan gol. Selain itu, kehadiran bekas peyerang Selangor, R.Surenderen dilihat akan menambah bisa serangan pasukan Selangor. Jurulatih Pahang, Dollah Salleh dijangka akan menggandingkan Azzamuddin Akil dan R.Surenderen dalam kesebelasan utama sementara Khatigesu di barisan simpanan pasukan Pahang.

Azamuddin Akil perlu diberi perhatian


BARISAN KEMUNGKINAN (4-4-2)

Rosfaizul

Saiful | Nazrul | Zaiza | Fazrizul

Munir | Jallauddin (C) | Famirul | Shahrizan

R.Surenderen | Azzamuddin



RAMALAN WAWANFAIZ.COM:

Pahang FA 0 - 3 Kelantan FA

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger