Rekod Tercalar!

Monday, March 14, 20110 comments




Rekod cemerlang tanpa kalah skuad The Red Warriors akhirnya tercalar apabila tumpas 0-2 ketika menentang Tok Gajah, di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang semalam. Bukan itu sahaja, malah pasukan Pahang juga berjaya memecahkan rekod 42 perlawanan tanpa kalah Kelantan di arena lawan. Ini merupakan kekalahan pertama Kelanyan di arena lawan sejak 42 perlawanan lepas.

Sementara itu, untuk rekod peribadi, ini merupakan kekalahan pertama penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat sejak menggalas tugas sebagai penjaga gol nombor satu pasukan Kelantan.

Kekalahan kepada skuad Pahang kali ini memberi tamparan yang cukup hebat kepada keseluruhan pasukan. Kelantan yang turun selaku pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan akhirnya tersungkur kepada pasukan Pahang yang berada di kedudukan kelapan liga sebelum perlawanan semalam. Ternyata keputusan tewas 0-2 kepada Pahang semalam meranapkan harapan ribuan penyokong setia The Red Warriors yang hadir turun ke Kuantan untuk memberi sokongan.

Perlawanan semalam dilihat banyak dikuasai pasukan tuan rumah dimana asakan bertali arus dilakukan ke kubu pasukan Kelantan. Gol pertama pasukan Pahang dijaringkan oleh R.Surenderan pada minit ke-43. Manakala jaringan kedua Pahang menerusi Mohd Faizol Husin dijaringkan pada minit-minit terakhir sekaligus menutup hasrat pasukan Kelantan untuk sekurang-kurangnya mencapai keputusan seri.


Sementara itu, jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu menyifatkan kekalahan pasukan Kelantan berpunca dari tekanan untuk terus mengekalkan rekod tanpa kalah. Menurut Datuk M.Karathu, rekod tanpa kalah yang dipegang mereka memberi tekanan kerana semua pasukan mahu menumbangkan pasukan itu.

Untuk perlawanan selepas ini, Kelantan akan melayan kunjungan Felda United di Kota Bharu, malam esok dalam pertemuan suku akhir pertama Piala FA. Diharap pasukan Kelantan dibawah bimbingan jurulatih Datuk M.Karathu berjaya bangkit dari kekalahan untuk mencipta kemenangan pada malam esok. Selamat Maju Jaya.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger