Rusa kena belasah!

Wednesday, March 2, 20111comments






Kelantan mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga selepas cemerlang membelasah Juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan, 3-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi. Kelantan selesa di tahta liga 14 mata hasil empat kemenangan dan dua kali seri dikuti rapat Perak dengan 12 mata ditempat kedua.

Bermula babak pertama, pasukan Kelantan terlebih dahulu mengatur serangan menerusi rangkaian penyerang yang diketui oleh Norshahrul Idlan Talaha namun gagal membuahkan hasil. Pasukan Negeri sembilan juga berjaya membuat beberapa percubaan namun kelemahan barisan serangan membuatkan Negeri Sembilan terpaksa berputih mata.

Perlawanan pada separuh masa pertama agak seimbang. Kelantan dilihat sedikit mempunyai kelebihan apabila mendapat sokongan padu lebih 25,000 penyokong sendiri. Perlawanan separuh masa pertama terikat tanpa jaringan.

Memasuki babak kedua, jurulatih Negeri Sembila, Wan Jamak membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Idris Karim dan memasukkan Zaquan Adha bagi menambahkan sengat di jentera serangan.

Kelantan yang memulakan beberapa siri serangan awal ke kubu Negeri Sembilan di awal babak kedua akhirnya mendapat gol pendahuluan menerusi pemain sayap, S.Chanturu yang menyudahkan hantara Rizal Fahmi Rosid pada minit ke-48.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan Negeri Sembilan cuba mengaturkan serangan ke kubu pasukan Kelantan namun gagal membuahkan hasil. Kelantan hampir menambah gol kedua menerusi rembatan Shakir Shaari, pada minit ke-55, namun sedikit tersasar.

Tidak lama selepas itu, Kelantan memasukkan penyerang Khalid Jamlus bagi menggantikan Ramzul Zahini yang mengalami kecederaan dan Solehin Kanasian masuk menggantikan S.Chanturu yang turut cedera. Ternyata kemasukan Khalid Jamlus memberi nafas baru di barisan serangan apabila beliau berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Kemasukan Khalid akhirnya membuahkan hasil apabila lorongan cantik Khalid berjaya disudahkan oleh Norshahrul Idlan pada minir ke-74. Tidak lama selepas itu, Khalid berjaya melakukan jaringan menerusi rembatan kencang, namun jaringan itu dibatalkan pengadil kerana "offside". Tidak berputus asa, akhirnya Kelantan mendapat gol ketiga, sekali lagi menerusi penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang berpunca dari hantaran satu dua dengan Khalid Jamlus, pada minit ke-79.

Keputusan penuh, Kelantan memenangi perlawanan dengan jaringan 3-0.



Kesebelasan Utama Kelantan : 4-4-2

COACH : Dato' M.Karathu
GK : Khairul Fahmi Che Mat
DF : Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, S.Subramaniam
MF : S.Chanturu (Solehin Kanasian), Badri Radzi (C), Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya (Danial Fadzly Abdullah)
ST : Ramzul Zahini Adenan (Khalid Jamlus), Norshahrul Idlan Talaha


Kesebelasan Utama Negeri Sembilan : 4-3-3

COACH : Wan Jamak Wan Hassan
GK : Farizal Marlias
DF : Tengku Qayyum, Shukor Adan (C), Aidil Zafuan, Qairul Annuar
MF : Abdul Halim Zainal, Idris Karim (Zaquan Adha), S.Kunalan
ST : Fakri Sharaani (Ahmad Aminudin), Hairudin Omar, Mohd Firdaus Azizul (Shahurain Abu Samah)


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 2, 2011 at 9:30 AM

tahniah the red warriors..!! suko golek sero.. teeeerrbaekk laaa!! sayo tabik semangat dorg.. :)
gud luck ntuk ghame strusnya..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger