Felda kena belasah, Kelantan rampas tahta liga

Sunday, April 10, 20118comments



Norshahrul menggalas tugas ketua pasukan Kelantan

Belum pun puas Selangor merasai nikmat berada di kedudukan teratas liga, Kelantan kembali merampas tahta liga setelah membelasah Felda United dengan jaringan besar 6-0. Kelantan kini di kedududukan teratas liga setelah Selangor tunduk 0-2 di tangan pasukan T-Team. Sementara satu lagi pencabar kejuaraan Liga Super, Perak tumpas 1-2 kepada pasukan Sabah sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Perak.

Kelantan kini yang mengumpul 20 mata selepas 10 perlawanan menyamai mata pasukan Selangor namun Kelantan memiliki kelebihan dari segi jaringan. Setakat ini, Kelantan mengumpul 24 jaringan dalam 10 perlawanan, manakala pasukan Selangor, 14 gol.

Pada perlawanan malam tadi, Kelantan turun tanpa ketua pasukan, Badri Radzi atau Piya yang direhatkan kerana prestasi yang kurang menjadi, namun Danial Fadly yang menggantikan Piya berjaya menjalankan tugas dengan baik. Ketiadaan Piya tidak menjejaskan rentak pasukan malah Kelantan dilihat lebih menyengat. Tugas ketua pasukan yang ditinggalkan Piya diambil alih oleh penyerang terbaik negara, Norshahrul Idlan Talaha sebelum Shakir Shaari mengambil tugas sebagai ketua pasukan setelah Norshahrul di keluarkan.

Bermula pada babak pertama, Kelantan melakukan asakan bertali arus ke kubu pasukan Felda United namun segala usaha berjaya dipatahkan sehinggalah pada minit ke-33, Shakir Shaari merasmikan pesta gol pada malam tadi. Shakir menjaringkan gol menerusi satu rembatan cantik ke penjuru kiri gawang Felda United sekaligus menewaskan penjaga gol Felda United, Faizal Rashid. Gol yang dijaringkan Shakir pada malam tadi merupakan gol pertama beliau sejak menyertai pasukan Kelantan. Lebih manis lagi, apabila gol itu merupakan antara gol tercantik pernah dicipta.

Setelah mendapat gol pendahuluan, Kelantan terus garang menyerang dan akhirnya gol kedua Kelantan muncul pada minit ke-43 menerusi sepakan penalti ketua pasukan, Norshahrul Idlan Talaha. Mohd Nizam Abu Bakar dibuang padang kerana mengasari S.Chanturu sekali gus menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Kelatan. Norshahrul mudah menyempurnakan sepakan penalti, menewaskan Faizal Rashid di gawang Felda United.

Separuh masa pertama berakhir dengan Kelantan mendahului 2-0.

Separuh masa kedua bermula, Felda United dilihat bermain secara bertahan sementara Kelantan terus menyerang. Banyak kekasaran dilakukan oleh pemain Felda United keatas pemain Kelantan sehingga Norshahrul dan beberapa pemain Kelantan mengalamai kecederaan kecil. Tidak mahu mengambil risiko, jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu bertindak mengeluarkan Norshahrul Idlan Talaha dan digantikan dengan Mohd Nizab Ayub. Ternyata kemasukan Nizab Ayub tidak sia-sia setelah beliau berjaya menjaringkan gol ketiga dan keempat buat pasukan Kelantan.

Selesa di depan, Datuk M.Karathu membuat "eksperimen" dengan memasukkan Khairan Ezuan Razali bagi menggantikan Shakir Shaari. Manakala pemain skuad Piala Presiden, Mohd Izuan Solahudin yang baru sahaja dipanggil menyertai pasukan senior turut dimasukkan bagi menggantikan S.Chanturu.

Selepas itu, Kelantan melebarkan kedudukan untuk gol kelima pasukan menerusi Danial fadly yang melepaskan satu sepakan percuma padu menerjah jaring gawang Felda United pada minit ke-81.

Kemasukan Izuan Solahudin yang dianggap sebagai pelengkap perlawanan itu nyata meleset setelah pemain itu mempamerkan aksi yang wajar dipuji. Malah beliau berjaya menjaringkan satu gol cantik hasil rembatan dari luar kota penalti untuk gol keenam pasukan Kelantan pada minit-minit terakhir sekaligus membunuh sisa-sisa perjuangan pasukan Felda United.

Keputusan penuh, Kelantan 6-0 Felda United.


Kesebelasan Utama

KELANTAN
Jurulatih : Datuk M.Karathu.
Khairul Fahmi (GK),
Daudsu Jamaludin,
Rizal Fahmi, Farisham Ismail, Zairul Fitree,
Solehin Kanasian,
Shakir Shaari (Khairan Ezuan), Azwan Roya,
Danial fadly,
S. Chanturu (Izuan Solahudin), Norshahrul Idlan Talaha (C) (Nidzad Ayub).


FELDA UNITED
:
Jurulatih : E. Elevarasan.
Faizal Rashid (GK), Ramesh Lai Ban Huat,
Mohd Khaironnisam Sahabudin (C),
Mohd Nizam*Red Card,
dan Azi Shahril.
Liew Kit Kong, Azrul Ahmad, Farderin Kadir, Mohd Badrul Azam, Abdul Ghani Rahman, Mohd dan Shazwan Zainon.

Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
April 10, 2011 at 3:41 AM

(^^) Alhamdulillah... Kelantan menang 6-0. Danial menjadi, betul-betul terpuji aksinya. Seperti yang saya kata, Syakir is really something. Hope he will get a spot in a national team. Awe kurang menyerlah malam ini, bukan kerana bermain tidak baik, tapi kerana semua pemain bermain baik dan tidak mengharap awe semata-mata. Overall, pemain-pemain kelantan beraksi dengan karakter sang juara. Harap aksi terus konsisten dari semua pemain kelantan (termasuk simpanan, kerana anda juga adalah the red warriors). Aksi danial menunjukkan persaingan sihat berlaku untuk beraksi di atas padang dari semua pemain pasukan. Pemain piala presiden pun nampaknya tidak menghampakan. Jaringan yang cantik dari izuan, selain larian-larian kemas... mereka (pemain presiden) adalah masa depan kita. (^^) Tahniah...tahniah...tahniah... kepada semua pemain, pemgurusan dan penyokong setia pasukan juga kepada TSAM. GKG (^^)
-az-

April 10, 2011 at 4:27 AM

Alhamdulillah.. See, wut I said b4? Daniel can do better. just bf die peluang. Selama ni, kita terlalu bergandung 100% pada Piya... xkisah piya main baik atau buruk, die tetap dipertaruhkan. Hari ini, terbukti, pemain lain seperti Daniel mampu lakukan. Khairan Ezuan juga tidak mengecewakan. Yang paling menarik, pemain yang wawan sebut smlm, Izuan Solahudin. 1st debut dgn skuad senior tahun nie, dah score. gol cantik lak tu. harap aksi mantap die beterusan. die punyai kepantasan dan larian menarik. cuma pemain laju seperti ini akan kerap mengalami kecederaan kerana di bentes lawan. cth mcm chanturu. Dan Shakir pula memang seoarang pemain yg mantap dan konsisten (walaupun xscore gol). Die memang layak utk main dgn Malaysia, tapi mungkin kerana die tiada naluri seoarang penjaring gol. Tapi die bagus sebagai pemain tengah bertahan. Sekarang, die semakin improve. B4 ni, dah banyak die try n shoot on target. dan tadi GOLLLL. Gol HEBAT plak tu. semoga bereterusan. Insya'ALLAH akan jadi pemain ke-5 Kelantan yg main utk M'sia.

Kawe xsabar nak tggu aksi Farhan plop..

Anonymous
April 10, 2011 at 5:50 AM

Bak kata upin ipin, betul betul betul (^^) yup, it's better kalau shakir boleh polish skill shooting nya. Kalau bleh macam hamit altintop kat bayern pun okey dah :p Tapi player macam shakir ni macam xavi kat sepanyol, mungkin tak menonjol, tapi penting dalam taktikal pasukan untuk penguasaan bola, backing up defense and attack. Macam hardi di selangor, amar rohidan di kedah dan gurusamy harimau muda a.Insya allah, dan harap shakir mampu menyumbangkan kekuatan kepada Malaysia sepertimana xavi di Sepanyol (andai terpilih pemain ke-5 kelantan di skuad kebangsaan) amin... (^^) GKG
-az-

April 10, 2011 at 8:14 AM

Satu ulasan yg cantek dari Wawan,.. Terima kasih pd Wawan, terimakasih pd semua Coach, player dan terimakasih juga pd Ultra, penyokong,,, stadium tetap penuh,..... Fr: Ayah@Hamid Che Hamat.

Ijat
April 10, 2011 at 8:32 AM

Shakir meme terbaik.Bleh napok dlm setiap perlawanan,dio hok ngatur bhgn tgh,ngan passing bola lawa n teratur,dio defend pn bgus. Cumo loni dio kno asah ag shooting ball dr jarak jauh tu. Biar lbh tepat n padat. Tok sabar nok tgk Shakir main utk pasukan kebangsaan. Wawan,gmbr plawanan smlm xdop ko?

April 10, 2011 at 9:16 PM

Az : Yup.. kalo xsilap kawe, dulu shakir pernah bersama pasukan belia kebangsaan. tapi kurang pasti plak.Pada pendapat wawan, Shakir merupakan pemain Kelantan yg paling konsisten sepanjang musim.. dia melakukan tugas menyerang dan bertahan dengan baik.. less mistake.. sejak die bersama skuad Kelantan, die xpernah mengecewakan. dan die merupakan feveret kesebelasan utama. Namun, mungkin sbb posisi beliau tu kurang femes.. Pemain tengah bertahan ni jarang nak naik nama.. lagi2 kalo xjaring gol.. sbb tugas pemain tgh bertahan ni jenis low profile.. tapi tugas ni lah paling susah.. kena menyerang dan bertahan..

tahun ni dah banyak shakir improve dr segi rembatan.. masa lawan felda ketika suku akhir ari tu, 3 shoot on taget shakir buat.. cuma xde luck.. skrg baru ada luck.. kawe yakin dia akan main malaysia :)

April 10, 2011 at 9:17 PM

Ayah : Terima Kasih ayah.. terima kasih kerana menyokong... terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.. GKG

April 10, 2011 at 9:19 PM

Ijat : shakir banyak doh improve shooting.. doh la shooting2 dio loni on target.. kelate ramai shooter loni.. danial n daudsu n ropi pun bulih. azwan roya plessing bola comey.. Gambar ado skit.. nanti kawe upload.. terima kasih sudi mengunjung

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger