Prebiu Perlawanan : Kelantan lwn Felda United

Saturday, April 9, 20111comments



Credit Photo : Oren Kecik Graphic

Kelantan tiada pilihan selain dari segera bangkit dari kekalahan kepada T-Team tempoh hari jika mahu menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Super untuk musim ini selain dari mengubati hati rata-rata penyokong yang kecewa melihat aksi hambar pasukan sejak akhir-akhir ini. Kelantan akan berdepan Felda United malam ini, di laman sendiri, Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan kesempatan ini perlu digunakan untuk mempamerkan aksi terbaik.

Pertemuan menentang Felda United malam ini merupakan pertemuan ketiga kedua pasukan ini dalam tempoh sebulan. Pada pertemuan pertama dalam saingan suku akhir Piala FA, Felda yang menjadi "tuan rumah" di Kota Bharu berjaya mengikat Kelantan seri 2-2. Manakala Kelantan lebih cemerlang apabila membelasah Felda United 3-0 pada saingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sekaligus menyingkirkan Felda United dalam merebut kejuaraan Piala FA. Malam ini, pertemuan ketiga bagi kedua-dua pasukan begitu menarik dimana Kelantan sudah pasti mahu meneruskan rekod cemerlang manakala Felda United pula sudah pasti mahu membalas kekalahan tempoh hari.

Bagi pasukan Kelantan, yang masih belum tewas di laman sendiri, sudah pasti tekanan akan dirasai kerana kekalahan kepada T-Team serta aksi hambar sejak kebelakangan ini perlu diatasi dengan kadar segera. Felda United pula dilihat lebih tenang kerana mereka turun sebagai pasukan "underdog".


ANALISIS KESEBELASAN UTAMA KELANTAN

PENJAGA GOL :

Prestasi semasa Khairul Fahmi Che Mat yang boloas 9 gol dalam 5 perlawanan terakhir sedikit sebanyak mencalarkan kredibiliti beliau sebagai penjaga gol nombor satu negara. Namun, harus diingat, tidak semua gol yang dilepaskan perlu diletakkan kesalahan keatas diri beliau. Jumlah gol yang banyak dibolosi sejak akhir-akhir ini merupakan tanggungjawab keseruhan pemain. Pada malam ini, ada desas desus mengatakan bahawa Khairul Fahmi bakal direhatkan untuk memberi peluang kepada beliau berehat. Mungkin kerana Khairul Fahmi sedikit keletihan kerana beliau bukan sahaja beraksi untuk pasukan Kelantan, malah juga untuk pasukan senior dan olimpik negara. Di pihak jurulatih, tiada lagi tanda-tanda beliau mahu merehatkan Khairul Fahmi malah Khairul Fahmi dilihat cukup bersedia untuk diturunkan pada malam ini. Selain Khairul Fahmi, Kelantan mempunyai 3 penjaga gol lain seperti Shahrizan, Norhadi Ubaidillah dan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi.


PERTAHANAN :

Dibarisan pertahanan, kemungkinan rombakan akan dilakukan selepas melihat barisan pertahanan gagal berfungsi dengan baik. Rizal Fahmi dilihat bakal dikekalkan di pertahanan tengah sementara akan dibantu samaada Farisham, S.Subramaniam ataupun Wan Rohaimi. Manakala perebutan bek kiri bakal menyaksikan dua pemain, Zairul Fitree atau Aziz Ismail bakal diturunkan. Daudsu yang dilihat hilang sedikit fokus pada perlawanan lepas mungkin direhatkan dan Farisahm dijangka akan mengisi kekosongan di bek kanan.


TENGAH :

Di posisi tengah, tumpuan sudah pasti terarah kepada ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya. Aksi tidak bertenaga Piya sejak akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat di kalangan penyokong setia The Red Warriors. Menurut ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu, Piya bakal direhatkan dalam beberapa perlawanan termasuk pertemuan dengan Felda United malam ini bagi memberi peluang kepada pemain lain. Daniel Fadly dijangka akan menjadi pilihan utama bagi menggantikan Piya di posisi tengah manakala Shakir Shaari akan membantu Daniel. Nurul Azwan Roya dijangka akan terus melakukan serangan dari sayap kiri pasukan sementara Solehin Kanisian ataupun S.Chanturu bakal bermain di posisi sayap kanan. Mohd Izuan Solahudin yang beraksi untuk pasukan Piala Presiden juga berkemungkinan akan diturunkan.


PENYERANG :

Di barisan serangan pula, Datuk M.Karathu dilihat mempunyai pilihan yang terhad. Norshahrul Idlan Talaha sudah pasti akan terus dikekalkan dalam kesebelasan utama dan akan menyandang tugas ketua pasukan yang ditinggalkan Piya. Namun, rakan gandingan Piya masih menjadi tanda tanya. Sebelum ini, S.Chanturu digandingkan dengan Piya dan gandingan itu tidak menghampakan. Namun, S.Chanturu dilihat lebih berbahaya jika bermain di posisi asal beliau, iaitu sayap kanan. Penyenaraian Mohd Farhan Yaacob kedalam skuad Liga Super memberi M.Karathu satu lagi pilihan untuk digandingkan dengan Norshahrul. Aksi cemerlang Mohd Farhan bersama skuad "President Warriors" memberi peluang kepada beliau untuk dinaikkan ke dalam skuad senior.

BARISAN KEMUNGKINAN 1 :

Apex
Farisham | Rizal | Subra | Zairul

Shakir
Solehin Kanasian Nurul Azwan
Daniel Fadly

Norshahrul | S.Chanturu



BARISAN KEMUNGKINAN 2 :

Shahrizan
Solehin | Rizal | Wan Rohaimi | Aziz

Shakir
S.Chanturu Nurul Azwan
Daniel Fadly

Norshahrul Idlan | Mohd Farhan

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 9, 2011 at 7:11 PM

THE RED WARRIORS... THE RED WARRIORS... THE RED WARRIORS GOES MARCHING IN... WE ARE THE RED WARRIORS... THE RED WARRIORS THE WINNING TEAM!!! GKG!!! (^^)

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger