"Kelantan Tiada Potensi Juara" - Indra Putra

Wednesday, April 6, 20115comments



Indra Putra bikin panas!!

"Kelantan Tiada Potensi Juara". Itulah bayangan yang cuba disampaikan oleh bekas ketua pasukan Kelantan yang kita bermain untuk pasukan T-Team sejurus selepas T-Team menumpaskan Kelantan dengan jaringan tipis, 4-3. Indra Putra Mahyudin menerusi blog, Suara Sukan Anda dengan angkuhnya mengatakan bahawa Juara Piala Malaysia 2010 itu tidak mempunyai ramuan untuk bergelar juara, dan hanya boleh bermimpi mendakap kejuaraan liga buat kali pertama.

Jika benar, kenyataan beliau itu secara tidak langsung menghangatkan kembali amarah di kalangan penyokong setia The Red Warriors. Di saat para penyokong sudah melupakan "ketidaksetiaan" beliau kepada pasukan, hari ini, dia muncul dengan angkuh untuk merendah-rendahkan bekas pasukan lamanya itu. Hal ini membuktikan bahawa beliau sudah lama menyimpan dendam terhadap bekas pasukan lamanya dan menunggu masa yang sesuai untuk melunaskan dendam. Beliau seolah-olah membayangkan bahawa beliau adalah lebih hebat berbanding pasukan lamanya itu.

Berdasarkan kenyataan yang diterbitkan blog Suara Sukan Anda, penulis ingin mempersoalkan, siapa Indra Putra Mahyudin yang gah mengatakan pasukan Kelantan tidak mempunyai ramuan untuk bergelar juara? Dari pasukan manakah beliau? Jika beliau dari pasukan yang memberi saingan kejuaraan, seperti Selangor atau Perak, mungkin keangkuhan beliau bertepatan dengan keadaan. Namun beliau yang hanya dari pasukan yang baru sahaja terkeluar dari kelompok bawahan Liga yang baru mengenal erti kemenangan. Dan beliau dengan angkuh mengeluarkan kenyataan seperti itu menerusi blog Suara Sukan Anda. Apakah beliau berasa terlalu bangga hanya kerana dapat menumpaskan bekas pasukan lamanya? Sedarkah beliau, bekas pasukan lamanya itu telah banyak membantu menaikan kembali karier beliau pada ketika itu?

Penulis yang sebelum ini mengagung-agungkan jasa Indra Putra untuk pasukan Kelantan, tiba-tiba hilang lagi rasa hormat untuk terus menyokong karier beliau. Walaupun beliau telah "keluar" dari pasukan dengan penuh kontroversi, tapi penulis masih mengangap beliau sebagai wira yang banyak membantu pasukan Kelantan.

Namun dek kerana sikap beliau yang kurang profesional, dengan cara beliau merendah-rendahkan pasukan lamanya, dan kenyataan beliau yang seolah-oleh menyalahkan sikap penyokong Kelantan yang memberi tekanan sebagai sebab utama beliau meninggalkan pasukan. Wajarkan beliau menyalahkan penyokong yang selama ini teguh menyokong beliau tidak kira kalah atau menang? Tidak dinafikan, ada diantara penyokong yang memberi tekanan, namun adakah beliau tidak terfikir dengan mengeluarkan kenyataan begini secara tidak lansung mengguris hati penyokong yang pernah menyokong beliau? Adakah beliau sudah lupa diri?

Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari sumber blog Suara Sukan Anda :

“Inilah antara sebab saya meninggalkan Kelantan, memang ini antara sebab utama. Tidak salah meletak harapan kepada pasukan, tetapi harapan itu haruslah berbentuk sokongan, dorongan. Ini tidak bila menang kami dipuji, bila kalah kami dikritik hebat, malah peminat sentiasa mahu kami menang, mereka harus tahu kalah menang adat pertandingan, bila nak selalu menang, ia akan memberi tekanan, player pun tak boleh perform..” jelas Indra (dipetik dari Suara Sukan Anda. )

Penulis mengakui bahawa ada dikalangan penyokong pasukan Kelantan yang terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pasukan sehingga memberi tekanan kepada pasukan. Dan kenyataan beliau ada benarnya. Namun, tidakkah beliau terfikir bahawa dalam kalangan yang memberi tekanan itulah yang selama ini turut menyokong karier beliau? Dan adakah beliau tidak sedar tugas seorang pemain adalah untuk beraksi dengan baik bersama pasukan dan memenangi kejuaraan. Beliau juga perlu tahu, harapan peminat adalah untuk melihat pasukan kesayangan mereka menang. Dan beliau sebagai pemain perlu menjalankan tugas dan menghadapi tekanan kerana beliau dibayar gaji untuk bermain bersama pasukan. Sebagai seorang pemain yang profesional, tekanan dari penyokong perlu di hadapi dengan baik. Nasib baiklah T-Team tidak mempunyai jumlah penyokong yang ramai seperti Kelantan. Jika tidak, sudah pasti beliau turut ditekan oleh penyokong-penyokong dek kerana aksi hambar T-Team pada awal saingan Liga Malaysia.

Api kemarahan jelas mula terpancar di kalangan penyokong Kelantan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau. Dan sudah ada penyokong yang bertanyakan tarikh pusingan kedua Liga Super yang akan berlansung di Kota Bharu. Sudah pasti, layanan "istimewa" akan menanti bekas penyerang kebangsaan itu kerana "permusuhan" diantara beliau dan penyokong Kelantan yang tidak berpuas hati dengan beliau. Kenyataan beliau seolah-olah seperti "mencurah minyak petrol ke dalam api yang sedang marak". Isu panas beliau meninggalkan pasukan "tanpa restu" masih lagi tersemat di hati penyokong pasukan Kelantan, inikan pula ditambah dengan kenyataan "panas" beliau.

Diharap para penyokong dan pemain Kelantan tidak terlalu emosi melayan "provokasi" dan "perang psikologi" yang cuba beliau ketengahkan. Kelantan harus fokus untuk terus bangkit pada perlawanan akan datang kerana banyak lagi perlawanan yang perlu dilalui pada musim ini. Kemenangan pada satu-satu perlawanan belum pasti menjamin kejuaraan, manakala kekalahan belum menoktahkan perjuangan yang masih belum selesai.




UPDATE : Berdasarkan terbitan terkini blog Suara Sukan Anda.

**Walaubagaimanapun, tidak lama selepas isu ini di terbitkan di blog Suara Sukan Anda, Indra Putra menafikan kenyataan ini dikeluarkan dari mulut beliau. Beliau membuat penafian juga menerusi blog Suara Sukan Anda. Sila rujuk artikel ini : http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/04/indra-bukan-kenyataan-saya.html


Share this article :

+ comments + 5 comments

April 6, 2011 at 2:48 AM

Caro jale palo lenggok2 ke atah tahu doh jenih xwapo ceridik..arap kaki jah buleh sepak bola.

April 6, 2011 at 3:40 AM

hurmmmmm

Anonymous
April 6, 2011 at 10:50 AM

ade btulnye ape yg indra ckp tu..
yg baik jdikan teladan..

Abah Mung
April 12, 2011 at 3:55 PM

dok teganu jange balik ikut klate la batu....!!!

Anonymous
November 6, 2011 at 9:01 PM

ye dok royak pon klate dokleh menang. ye royak pnyokong klate bodo. kaloh dokleh terime. bengong.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger