The Red Warriors tewas melawan

Tuesday, April 5, 20111comments




Kelantan terpaksa menyerahkan tahta pendahulu Liga Super 2011 kepada Selangor setelah tumpas 4-3 keatas pasukan T-Team, malam tadi. Selangor yang bertemu Harimau Muda A di Shah Alam pula meraih tiga mata berharga setelah menang tipis keatas Harimau Muda A, 2-1. Kelantan yang mengalami kekalahan kedua pada malam ini jatuh ketangga ke-3 di belakang Selangor dan Perak.

Beraksi di tempat lawan, Kelantan nyaris dibelasah oleh pasukan "bintang" T-Team yang dibarisi oleh pemain-pemain handalan seperti bekas ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyudin, dan bekas pemain Kelantan Norfarhan dan juga Azizi Mat Rose.

T-Team dilihat mengusai babak awal perlawanan dan berjaya di hadapan menerusi sepakan percuma, Zairo Anuar Zailani pada minit ke-29. Kelantan yang dilihat jarang-jarang mengasak dilihat bermain dengan keadaan tertekan dengan taktikal yang serba tidak menjadi. Kelekaan pasukan Kelantan akhirnya dihukum selepas Norfarhan meledakkan gol kedua pada minit terakhir separuh masa pertama. Tamat separuh masa pertama, T-Team 2-0 Kelantan.

Bermula separuh masa kedua, belum sempat Kelantan mengatur serangan, Indra Putra Mahyudin meletakkan T-Team selesa di depan dengan 3-0 hasil jaringan beliau pada minit ke-50. Kelantan ternyata berada dalam situasi tertekan selepas ketinggalan dengan tiga gol. Namun usaha Kelantan berhasil juga apabila Danial Fadly menjaringkan gol pertama untuk Kelantan.

Kelantan yang mula merapatkan kedudukan akhirnya mendapat gol kedua menerusi penyerang kebangsaan, S.Chanturu pada minit ke-65. Gol itu secara tidak lansung menyemarakkan lagi semangat pemain Kelantan untuk menyamakan kedudukan. Dalam kelekaan Kelantan melancarkan serangan bertali arus, pasukan Kelantan dihukum selepas Haris Safwan Kamal menyumbat gol keempat T-Team setelah menyudahkan hantaran Indra Putra Mahyudin.

Namun jaringan keempat Indra Putra tidak mematahkan semangat pasukan The Red Warriors, dan akhirnya Kelantan sekali lagi merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Danial Fadzly pada minit ke-86. Kelantan mendapat sepakan penalti selepas Rosdi Talib menjatuhkan S.Chanturu di dalam kotak penalti. Gol itu kembali membuka peluang untuk menyamakan kedudukan. Kelantan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Danial Fadly pada minit-minit akhir perlawanan, namun berjaya dinafikan Syamsuri Mustafa. Perlawanan berkesudahan dengan T-Team memenangi perlawanan dengan jaringan 4-3. Tahniah buat pasukan T-Team.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN :

T-Team 4-3 Kelantan
Harimau Muda A 1-2 Selangor
Perak 2-1 Perlis
N.Sembilan 0-1 K.Lumpur
Kedah 1-2 Johor FC
Felda United 1-1 Sabah


Share this article :

+ comments + 1 comments

April 6, 2011 at 12:12 AM

hebat juga T-team nih
T tu stands for what?

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger