Piya & Apek wajar direhatkan?

Thursday, April 7, 20118comments




Aksi ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya di kalangan penyokong setia pasukan bergelar The Red Warriors itu kini dilihat semakin hilang bisanya. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aksi Piya tidak lagi menggerunkan pasukan lawan malah beliau dilihat kurang berfungsi di bahagian tengah. Hal ini menjadi tanda tanya di kalangan penyokong yang mahukan beliau bangkit beraksi seperti dahulu.

Piya dilihat hilang "instinct" untuk menggerakkan jentera tengah dan kerap hilang bola. Sepakan percuma beliau juga tidak setajam dulu. Pemsembahan beliau ketika Kelantan seri 1-1 di Kedah dilihat paling ketara. Beliau bukan sahaja gagal merencanakan gerakan berbahaya namun beliau juga gagal menyudahkan deretan peluang yang terhidang. Dan terbaru, aksi beliau ketika menentang T-Team pada perlawanan lepas dilihat serba tidak menjadi sehingga memaksa Datuk M.Karathu menggantikan beliau dengan Daniel Fadly.

Penulis yang tidak arif mengenai bola sepak berasakan Piya perlu direhatkan. Bukan tujuan untuk mematikan atau menidakkan kebolehan beliau, namun rehat yang diberi akan memberi ruang dan peluang untuk beliau bertenang dan kembali bangkit. Tugas sebagai ketua pasukan bukan sesuatu yang mudah. Untuk mememimpin pasukan yang berstatus Juara Piala Malaysia merupakan satu bebanan dan tekanan yang berat. Mungkin beliau memerlukan rehat untuk bertenang dan mencari kembali bisa yang hilang.

Berdasarkan rekod tahun lepas di bawah kendalian jurulatih B.Sathianathan, Piya pernah direhatkan dari menyertai kesebelasan utama untuk beberapa perlawanan. Dan selepas dari rehat itu, Piya muncul kembali dengan aksi yang bertenaga. Mungkin formula yang sama boleh digunakan oleh Datuk M.Karathu untuk mengembalikan prestasi Piya di tahap sebenar.

Jika Piya direhatkan, siapa yang mampu menggantikan beliau? Jika dilihat dari mata kasar penulis, penulis mencadangkan Daniel Fadly sebagai peganti yang mampu menggalas tugas sebagai perancang di bahagian tengah. Daniel yang masuk menggantikan Piya ketika menentang T-Team pada perlawanan lepas dilihat berjaya menjalankan tugas beliau dengan baik. Selain berjaya menghidupkan jentera tengah, beliau juga berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan itu. Jadi, tidak salah rasanya beliau diberi peluang untuk menggantikan Piya dalam skuad utama Kelantan. Selain dari Daniel, Kelantan juga memiliki dua beradik, iaitu Khairan Eroza Razali dan Khairan Ezuan Razali. Khairan Eroza merupakan pemain yang berpengalaman sementara Khairan Ezuan pula merupakan pemain muda yang berpotensi untuk lebih maju.

Sementara itu, di posisi penjaga gol dan pertahanan Kelantan dilihat semakin goyah. Kalau dulunya, Kelantan dikenali kerana mempunyai barisan pertahanan dan penjaga gol yang paling kebal. Namun, sejak kebelakangan ini, pintu gol Kelantan tidak sekebal dahulu dan kerap dibolosi. Untuk rekod 5 perlawanan terkahir, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex telah melepaskan 9 gol. Itu merupakan rekod yang kurang baik bagi seorang penjaga gol nombor satu kebangsaan. Dan lebih merisaukan, pintu gol Kelantan dibolosi sebanyak 4 kali pada perlawanan terakhir menentang T-Team.

Sebenarnya, tidak wajar untuk meletakkan 100% kesalahan di bahu Khairul Fahmi. Kerana pemain pertahanan dan tengah memainkan peranan penting bagi memastikan gawang tidak mudah dibolosi. Jika dilihat, pertahanan Kelantan sejak kebelakangan ini banyak melakukan kesilapan dan tidak lagi kebal seperti begitu. Mungkin satu rombakan kecil perlu dilakukan bagi mencari kombinasi pertahanan terbaik. Kelantan mempunyai Wan Rohaimi Wan Ismail untuk posisi pertahahan tengah dan tidak salah untuk memberi peluang kepada pertahanan berpengalaman itu.

Sementara bagi Khairul Fahmi, penulis berpandangan bahawa beliau wajar untuk direhatkan. Bukan bererti untuk menghukum beliau, namun untuk memastikan beliau tidak terlalu tertekan. Bolos empat gol pada perlawanan terakhir mungkin sedikit sebanyak menyebabkan moral pemain itu sedikit terjejas. Faktor keletihan dan hilang fokus juga mungkin boleh dijadikan penyebab.

Sebagaimana kita lihat, Kharul Fahmi bukan sahaja menjadi tonggak harapan pasukan Kelantan, malah beliau juga menggalas tugasan sebagai penjaga gol nombor satu skuad negara dan juga ketua pasukan bagi skuad Olimpik negara. Tugas yang dipikul beliau boleh dikatakan agak berat dan sudah pasti beliau tidak mempunyai rehat yang cukup. Oleh itu, jika beliau direhatkan untuk perlawanan menentang Felda adalah satu tindakan yang wajar, namun jika beliau diturunkan, penulis yakin beliau masih mampu menggalas tugas dengan baik.

Jika M.Karathu memilih untuk merehatkan Khairul Fahmi, kemungkinan besar penjaga gol berpengalaman, Shahrizan Ismail bakal diturunkan. Keupayaan Shahrizan tidak perlu diragui kerana beliau juga pernah menyarung jersi penjaga gol nombor satu Kelantan, suatu ketika dahulu. Selain Shahrizan, Kelantan memiliki penjaga gol muda, Norhadi Ubaidillah.

Sementara di posisi serangan, gandingan Norshahrul dan S.Chanturu dilihat tidak mengecewakan. Namun, S.Chanturu dilihat lebih berbahaya jika bermain di posisi sayap kanan dan kiri. Kelajuan beliau dilihat menjadi satu kelebihan namun kurang tenang di gawang. Kekurangan pemain di posisi serangan mungkin boleh diatasi jika Kelantan memanggil penyerang skuad Piala Presiden, Mohd Farhan Yaacob. Penyerang kaki kidal ini dilihat cukup cemerlang dengan pasukan "President Warriors". Tidak salah untuk Kelantan memberi pelauang untuk pemain ini dalam skuad utama pasukan Liga Super. Mana tahu beliau mampu menggalas cabaran dan mencipta gandingan yang serasi dengan penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha.

Walaubagaimanapun, semua keputusan terletak kepada ketua jurulatih, Datuk M.Karathu. Sudah pasti beliau mempunyai percaturan dan ramuan terbaik untuk melayan kunjungan Felda United, pasukan yang pernah disingkirkan dalam saingan Piala FA. Jika Apex dan Piya diturunkan, sudah pasti beliau mempunyai sebab dan alasan tersendiri. Hanya ketua jurulatih yang tahu dan arif mengenai percaturan kerana beliau adalah individu yang paling dekat dengan pemain. Kita sebagai pemerhati, mampu bercakap, tapi kita tidak tahu kondisi sebenar pemain dan pasukan. Selamat Maju Jaya untuk pasukan. Diharap The Red Warriors kembali bangkit di Kota Bharu.


Barisan Pilihan wawanfaiz.com :
GK : Shahrizan Ismail
DF : Farisham, Rizal, Wan Rohaimi, Aziz
MF : Chanturu, Shakir, Daniel, Nurul Azwan
ST : Norshahrul, Mohd Farhan Yaacob


Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
April 8, 2011 at 1:22 AM

Assalamualaikum... nice one wawan (^^) kadang-kala 'switching' ni boleh beri banyak manfaat pada pasukan. Selain merehatkan pemain (supaya tak cedera, 'off-form' dll), para pemain simpanan pun tak jadi berkarat. Macam Aziz hari tu, mula-mula masuk tak berapa, dalam 5 minit kat padang baru nampak dia punya 'speed' dan 'crossing'. Ada potensi.
-Az-

Anonymous
April 8, 2011 at 1:47 AM

Komen pasal barisan pilihan wawan:- LIKE IT (^^) Pemain di bahagian sayap yang laju membolehkan kelantan membuka permainan dari tepi. Apa yang menarik pasal formasi wawan ialah pemain kiri yang bukan sahaja berpotensi tapi adalah pemain kaki kiri natural (farhan, awe dan aziz). Farisham pemain pertahanan yang baik, tapi dari segi untuk membantu serangan dan overlapping baik guna daudsu atau solihin. (My choice is solihin sebab daudsu perlu rehatkan mental lepas kesilapan dengan t-team, dan solihin pun mempunyai persefahaman yang baik dengan chanturu based on the matches before. Tapi daudsu pun okey sebab crossing daudsu lebih kemas). Shakir membuktikan yang dia sememangnya 'unsung heroes' dalam pasukan. Harap rajagopal bagi perhatian pada permainan shakir. Daniel sememangnya adalah penyelamat. Dengan prestasi piya sekarang ni, mungkin daniel adalah penyelesaian terbaik. Pengalaman luas dan mentaliti yang kuat ditunjukkan waktu jumpa t-team. He deserves a spot. Tak banyak boleh komen pasal farhan, tapi setuju untuk turunkan dia. Selain pendedahan, he might proves something. Macam apex tahun lepas dan pemain johor fc fandi ahmad (pemain presiden yang dibawa masuk sebab pemain jfc injury/ penggantungan) yang main dengan kedah tempohari adalah pemain yang berpotensi walaupun tak berapa kenal mula-mulanya. Aksi dengan skuad presiden menunjukkan dia ada potensi besar, cuma harap dia tak cold feet waktu first big match. Overall wawan, TERBAIK... semoga rer warriors terus maju, menang kalah seri kami setia mendukungmu... GKG (^^)
-az-

April 8, 2011 at 2:12 AM

To Az : Waalaikummusalam. 1st of all, thank bro sbb sudi melawat blog wawan.Yup, itu yg cuba wawan sampaikan. "Switch" player.. berehat bukan menghukum, tapi bg peluang untuk berehat dan bagi peluang kepada pemain baru. Jgn sampai pemain simpanan berkarat. Aziz pemain yg bagus. Tapi hari tu beliau diturunkan bukan di posisi asal. beliau pemain pertahanan kiri sebenarnya. Tapi dia berjaya buat larian dan crossing baik lepas die dah berjaya sesuaikan diri. sbb tu kena bg peluang. Solehin pun boleh ganti daudsu, defend kanan. mcm farhan main dulu. Mcm wan rohaimi gak.. die ada pengalaman.. rugi law xcuba.. simpan lama2 berkarat juga...

April 8, 2011 at 2:20 AM

thanxk bro.. ur komen memang terbaek.. Aziz, Awe dan Farhan pemain kaki kidal yg bagus.. crossing memang terbaik... dan boleh sepak freekick n corner.. sbb tu wawan cadangkan naikkan farhan memangdangkan kita xde striker skrg.. xrugi kalo mencuba.. mana tahu dio boley serasi dgn mat yo... kalo kita cukup striker xpew.. ni kita xde striket tulen.. chanturu bulan striker tulen.. di asalnya pemain sayap.. dia laju, tapi xde ketenangan bila berdepan kepeer.

mcm daniel, sukar kita nak nilai sbb die main baru tu kejap jew.. tapi dalam kejap tu la die jalankan tugas dgn baik.. so why not bg die peluang berada dlm starting list.. lagipun die je pemain yg mampu ganti piya...

Anonymous
April 8, 2011 at 3:04 AM

(^^) Sama-sama. Melawat tu lama dah, komen tu je yang baru... just silent reader... Agree with your point. Tapi kadang-kadang coach ada perancangan tersendiri, cuma samada jadi atau tidak sahaja. Tak salah mencuba pemain di posisi bukan posisi asal, tapi ia memang satu pertaruhan. Sebab itu aziz dicuba di bahagian sayap kiri, jadi bila terdesak (contoh awe penat, cedera atau digantung, harap-harap tidak insya allah) jadi ada option untuk subs. Ronaldo (brazil) asalnya keeper. Azmi Muslim dan Mahali Jasuli asalnya striker. Jangan lupa Wan Rohaimi. Jadi mungkin coach ada perancangan dan pertaruhan tersendiri. Contoh pertaruhan yang tak menjadi; Zamri Ramli di posisi pertahanan yang menyebabkan kita tewas 2009. Tapi itulah bola, tak menang, seri, kalau tak seri kalah. Satu strategi yang baik dari Sathia, tapi mungkin tak ada rezeki waktu tu. Apapun, terus menyokong yang terbaik untuk pasukan. Terkilan juga dengan aksi pemain kebelakangan ini, tapi comeback dari 3-0 untuk kalah 4-3 adalah penawar terbaik penyokong. Kalah sebagai pahlawan tetap membanggakan saya.
p/s: kadangkala coach kena dengar juga pandangan penyokong, sebab mereka tengok dari atas dan ada view yang mungkin tak disedari kalau tengok dari bangku pemain. Tapi jangan ikut semua, hanya yang terbaik, sebab tanggungjawab tu memang atas coach. Kita yang tengok ni pandai cakap je lah... (^^) wawan tak nak jadi assistant teknikal karathu ke? (just kiddin')
GKG
-az-

April 8, 2011 at 8:14 AM

Salam,
setuju dengan artikel ini...rasanya beberapa pemain perlu direhatkan seketika,,,,terutamanya Apek, kasi rehat cukup2 dulu,,,
harapnya kelantan akan bangkit game seterusnya, menang kalu moral akan naik semula,,,,kalah kalu....ada benda tak kena lah,,,
datuk k.....pls do something,,,,,
ayuh bangkit kelantan
(pedih gak tengok kelantan di'malu'kan oleh geng 3 stoogers)

Anonymous
April 9, 2011 at 1:30 AM

memang apek kena rehat..kasik shahrizan pulak keluarkan peluh dia...enjin keta pun nak kena berhenti kt R & R kalau jalan jauh...ni kan pula manusia yg ada perasaan, maruah....

Anonymous
April 9, 2011 at 2:22 AM

Ada betulnya juga, bolos banyak kebelakangan ini dibimbangi menjejaskan tahap keyakinan apek. Mungkin keletihan (mentally terutamanya) sebab jadi keeper utama bagi 3 pasukan (Kelantan, Malaysia, pra-olimpik). Tapi apapun harap yang terbaik untuk apek. Dia masih muda, baru 22, banyak lagi untuk dipelajari, semoga apek terus berjaya dalam kariernya. Amin.
-az-

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger