Piya Sah Direhatkan!

Saturday, April 9, 20115comments



Piya, ketua pasukan Kelantan


Aksi kurang bertenaga ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi sejak kebelakangan ini menjadi tanda tanya di kalangan penyokong setia The Red Warriors. Pemain yang pernah membawa Kelantan memenangi Piala Malaysia 2010 dan Piala Sumbangsih 2011 itu dilihat hilang "bisa" dalam merencanakan serangan ke kubu lawan. Malah sepakan percuma beliau yang menjadi igauan lawan sudah tidak setajam dulu.

Melihat kepada keadaan itu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M.karathu mengambil keputusan untuk merehatkan tonggak tengah itu untuk perlawanan menentang Felda United. Piya dijangka akan direhatkan untuk sekurangnya tiga perlawanan akan datang bagi memberi ruang kepada beliau untuk kembali bangkit.

Menurut M.Karathu ketika bertemu penulis dan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, penurunan prestasi Piya mungkin berpunca dari masalah peribadi yang dihadapi oleh pemain itu. Malah ketika ditanya, adakah ada kemungkinan Piya akan diturunkan pada separuh masa kedua, jurulatih itu tersenyum dan menjawab, Piya akan direhatkan.

Ketiadaan Piya di posisi tengah akan membuka peluang kepada pemain-pemain lain untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama. Fokus utama sudah pasti tertumpu kepada Daniel Fadly Abdullah yang masuk menggantikan Piya pada perlawanan menentang T-Team tempoh hari. Dalam perlawanan itu, Daniel berjaya menjalankan tugas dengan baik, dan kemasukan beliau bukan sahaja berjaya menghidupkan jentera tengah yang kurang berfungsi, malah beliau turut menyumbangkan dua gol. Selain Daniel, Kelantan memiliki Khairan Eroza dan juga Khairan Izuan untuk bermain di posisi itu.


Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
April 9, 2011 at 1:12 AM

Assalamualaikum wawan... sumbangsih bukan sumbahsing (^^) Semoga pemain yang menggantikan posisi piya (expecting daniel) berjaya menggalas tugas dengan baik. Untuk piya pula, anda direhatkan bukan bererti anda tidak bagus, tapi semua orang ada on dan off (performance). Harap anda berjaya kembali memberi aksi bertenaga selepas direhatkan. Dan kepada semua red warriors, all the best, and beat the rest. GKG
p/s: FIRST!!! huhuhu :p
-az-

Anonymous
April 9, 2011 at 1:24 AM

salam wawan,
selain Piya, ada seorang lg yg patut diberi rehat..untuk tenangkan fikiran...khairul fahmi...sb dia nampak seperti kepenatan ..menggalas tugas untuk negara (2 team..tak penah ada goalkeeper dalam dunia yg main utk nasional untuk team 2)

April 9, 2011 at 1:39 AM

Waalaikummusalam Az.. Terima Kasih sbb tego ejaan. Kadang2 tersilap eja. sbb lorat. hehe ada 2-3 entry lagi nak post.. berita petang tadi.. takut dey basi.. berita piya rehat pun dey tubik di Arena dulu.. xdey nak tulis etek tadi.. hehe

Tadi ada jugak tanya, adakah piya akan diturunkan pada masa kedua? Coach jawab, beliau akan direhatkan.

tapi bagus untuk piya... bulih bertenang n rehat..

April 9, 2011 at 1:40 AM

Salam.. Kawe pun setuju juga kalo apek direhatkan.. sbb apek ada ckp die sedikit kepenatan.. try dgr dlm nadi arena esk..

Tapi kawe rasa apek tetap akan diturunkan esk.. dia pun nampak tenang jah tadi.. tapi xdop confirmation 100% apek akan turun esk. banyak kemungkinan.

Anonymous
April 9, 2011 at 11:57 AM

Mana-mana player yg koya star tapi prestasi koho berat memey patut 'direhatkan, maso tok soho main sedak awo naik tage brona pulok. PIYA keno jago peel peranga tu. Jange duk stat berpuok2 deki dgn player hok baru join dan playe non-kelantanese! INGAT DEH ore lain pun!

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger