T-Team bukan saingan Kelantan

Monday, April 4, 20113comments



Jumpa Lagi !


Di atas kertas, T-Team bukanlah saingan buat pasukan berstatus Juara Piala Malaysia yang juga pendahulu Liga Super 2011, Kelantan. T-Team hanya menduduki tangga ke-10 Liga Super dengan hanya dua kemenangan, dua seri dan empat kekalahan. Manakala Kelantan pula gah ditahta liga dengan lima kemenangan, dua seri dan hanya kalah sekali. Kelantan akan berkunjung ke Terengganu, untuk perlawanan menentang T-Team, malam esok.

Perbezaan ketara kedudukan dalam liga sudah menunjukkan T-Team bukanlah saingan sebenar pasukan Kelantan. Pasukan Kelantan juga dilihat garang menjaringkan gol dengan 15 gol terkumpul setakat ini, merupakan pasukan terbanyak menjaringkan gol. Manakala T-Team hanya menjaringkan 8 gol sepanjang 8 perlawanan setakat ini. Hal ini membuktikan barisan serangan Kelantan jauh lebih tajam berbanding T-Team.

Namun, di dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku. Walaupun kemenangan dijangka mudah diraih, Datuk M.Karathu sudah pasti telah membuat persiapan terbaik untuk menumbangkan T-Team di tempat lawan. T-Team mungkin mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di arena sendiri. Namun perkara itu tidak cukup untuk menggentarkan pasukan Kelantan yang sudah pasti akan ditemani oleh ribuan penyokong Kelantan yang turun memberi sokongan untuk pasukan di arena lawan.

Isu "3 Abdul" mungkin lagi tidak sepanas sebelum sepak mula Piala FA tempoh hari. Namun, ketiga-tiga pemain ini pasti sekali lagi menjadi tumpuan penyokong pada perlawanan ini. Aksi Indra Putra dan Norfarhan di barisan depan T-Team sudah pasti perlu dikawal rapi oleh pertahanan Kelantan. Indra Putra yang masih lagi berbisa dengan sepakan lencong beliau manakalan kemampuan Norfarhan melakukan rembatan kencang perlu di beri perhatian. Walaupun aksi mereka bersama T-Team dilihat tidak cukup mantap, namun apabila bertemu Kelantan, aksi "luar biasa" mampu ditunjukkan oleh kedua pemain itu untuk menumpaskan bekas pasukan lamanya. Kelibat Azizi di pertahan T-Team juga bakal menjadi tumpuan, dan sudah pasti beliau akan ditugaskan untuk mengawal ketat Norshahrul Idlan Talaha.

Aksi tidak konsisten pasukan T-Team dilihat bakal memberi laluan mudah untuk Kelantan, namun kemenangan 3-0 T-Team keatas Sabah pada perlawanan lepas seakan-akan memberi amaran untuk pasukan Kelantan supaya berhati-hati ketika bertemu dengan T-Team malam esok. Bagi pasukan Kelantan pula, kemenangan keatas Harimau Muda tempoh hari boleh dikira melegakan pasukan di saat aksi Kelantan pada ketika itu kurang memuaskan. Jika Kelantan mahu membawa pulang 3 mata penuh, Kelantan perlu bangkit dengan permainan yang lebih baik.

Untuk rekod pertemuan dengan T-Team, Kelantan pernah bertemu T-Team pada saingan awal Piala FA yang berkesudan Kelantan menyingkirkan T-Team menerusi sepakan penalti. Kelantan dan T-Team seri 1-1 pada masa sebenar sebelum Kelantan memenangi sepakan penalti. Gol Kelantan dijaringkan oleh Rizal Fahmi Rosid manakala bekas ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyudin menyamakan kedudukan untuk T-Team.

Pada perlawanan yang berlansung esok, kedua-dua pasukan dilihat bakal menyenaraikan kesebelasan terbaik. Pemaian-pemain seperti Indra Putra, Norfarhan, Azizi, Norshahrul, Badri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat dijangka akan menyerlah untuk perlawanan itu. Sama-sama kita saksikan.


Ramalan wawanfaiz.com : T-Team FC 0-3 Kelantan FA


Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 5, 2011 at 12:31 AM

gol klantan pialo fa dr rizal fahmi kea?

April 5, 2011 at 1:19 AM

alahai silap.. hehe Thanx bro..

April 5, 2011 at 3:19 PM

like ur statement bro.

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger