Apek antara 5 bintang Sukan Sea 2011 pilihan Goal.com

Friday, November 25, 20110 comments


credit photo : gawang.my

Berikut merupakan 5 pemain muda terbaik pilihan Goal.com pada Sukan Sea ke-26:

"Penjaga gol berusia 22 tahun ini merupakan "key player" kepada pasukan Malaysia dalam Sukan Sea ke-26, dengan aksi yang baik dalam membantu pasukan mengekalkan pingat emas. Khairul Fahmi hanya mempunyai ketinggian 176cm tetapi tangkas dalam refleks, berwaspada serta mempunyai "positioning" yang bagus sekaligus menutup kelemahan fizikal Khairul Fahmi yang rendah. Selain dari membarisi Malaysia bawah 23 tahun, beliau juga beraksi bersama pasukan senior Malaysia yang menjuarai Piala AFF 2010."

"Penyerang kelahiran Amrapura ini dianggap salah satu prospek muda paling hangat berdasarkan persembahan yang ditampilkan bersama skuad bawah 23 tahun Myanmar, tetapi sedikit menghairankan hanya mendapat pingat gangsa. Pengalisis mendakwa, pemain ini adalah jauh lebih baik dari Yan Paing, iaitu penyerang pasukan Myanmar kini. Kepantasan dan ketajaman dalam melakukan penyudah sudah berjaya dibuktikan oleh beliau dengan lima gol dalam kejohanan ini."

"Luong merupakan ketua pasukan Vietnam bawah 23 tahun dan cukup terkenal dengan keajaiban sepakan kaki kiri beliau. Pemain Hanoi FC ini telah memberi persembahan yang cukup cemerlang buat pasukan sepanjang kejohanan, membawa Vietnam ke separuh akhir sebelum tewas kepada pasukan tuan rumah, Indonesia. Telah banyak pujian yang diberi kepada Luong daripada jurulatih lawan yang kagum dengan konsistensi beliau serta pengaruh positif beliau kepada pasukan."

"Natarid merupakan salah seoarang pemain terbaik Thailand pada kejohanan kali ini walaupun pasukan mereka gagal mendapat sebarang pingat. Natarid mempunyai skil menggelecek yang tinggi dan kepakaran beliau melepaskan rembatan meletakkan beliau kekal mengemudi bahagian tengah pasukan Thailand. Beliau kini beraksi untuk pasukan Polis United dalam Liga Premier Thailand selepas dipinjamkan dari BEC Tero Sasana."

"Penyerang berbakat ini merupakan salah satu pemain muda yang terbaik di Indonesia ketika ini. Ramai yang melabelkan beliau sebagai "Nicholas Anelka Indonesia" kerana rupa dan gaya permainannya mirip penyerang Chelsea itu. Wanggai merupakan penyerang yang oportunis, dimana beliau telah membuktikan dengan lima jaringan untuk menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak kejohanan."


Sumber Asal : Goal.com
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger