Credit photo : Google & Shazli Shamsudin Photography
Menjelang pertemuan persahabatan pra-musim menentang ATM esok, pasukan The Red Warriors bakal menguji dua lagi pemain import baru untuk mengisi koata terakhir pemain import yang diperlukan. Dua pemain itu ialah Albert Baning dari Cameroon dan Zakaria Charara dari Labenon. Sebelum ini, Zakaria Charara sudah diuji dalam perlawanan Kelantan menentang Maldives.
TSAM mengumumkan ketibaan Albert Baning dari Paris
Albert Baning, 26 tahun merupakan pemain tengah yang pernah beraksi untuk pasukan Olimpik Cameroon. Ketika ini, beliau merupakan "Free Agent" dan tidak dimiliki oleh mana-mana kelab. Manakala Zakaria Charara pula merupakan bekas rakan sepasukan Muhammed Ghaddar di kelab Nejmeh pada musim 2007-2009. Pemain berusia 25 tahun ini mampu beraksi di posisi tengah dan juga sayap.
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang beraksi di Liga Perdana musim 2012 bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain baru bertaraf kebangsaan seperti Aidil Zaquan, Azmi Muslim, Hairudin Omar dan juga Rezal Zambery Yahya.
Untuk maklumat, pasukan Kelantan akan menentang ATM dalam perlawanan persahabatan pra-musim pada 26 November ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Trio, Indra Putra Mahyudin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Mat Rose juga dijangka akan menyertai pasukan untuk latihan mulai esok.
Info Perlawanan :
Kelantan FA vs ATM
26 November 2011 | 8.45 mlm
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Tiket :
Terbuka = RM 10
Astaka = RM 20
Info Albert Baning & Zakaria Charara :