Fakhri Saarani Pohon Maaf!

Wednesday, November 23, 20110 comments


Nama Ahmad Fakhri Saarani cukup popular dan menjadi bualan penyokong Harimau Malaya sejak bermulanya Sukan Sea 2011. Bermula dengan aksi yang serba tidak menjadi pada perlawanan awal menentang Singapura apabila diturunkan dalam kesebelasan utama. Aksi hambar beliau berjaya ditutup dengan kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan menyingkirkan Myanmar di separuh akhir sekaligus membawa Malaysia ke pentas Final.

Namun semua itu hanya sementara apabila beliau sekali lagi menghampakan harapan penyokong apabila gagal menjaringkan gol kemenangan menerusi dua peluang berdepan satu sama satu dengan penjaga gol Indonesia serta kegagalan menjaringkan penalti hampir memusnahkan harapan Malaysia. Namun, beliau terselamat apabila Khairul Fahmi (Apek) berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti Indonesia sekaligus memberikan Malaysia pingat emas.

Fakhri Saarani mohon maaf di Twitter beliau.

Berasa bersalah dengan kegagalan beliau menjaringkan penalti, Fakhri Saarani tampil memohon maaf secara terbuka di laman Twitter peribadi beliau. "saya minta maaf kpd semua rakyat malaysia di ats kegagalan saya menjaringkan gol penalti. tapi alhamdulillah pingat emas milik kita" kata Fakri di laman Twitter beliau.

Dengan kenyataan maaf yang disuarakan beliau, tidak adil rasanya untuk semua pihak terus menghukum beliau dengan kata-kata kutukan. Beliau sudah cuba yang terbaik setiap kali turun beraksi dan kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan buat Malaysia di separuh akhir, wajar mendapat pujian. Tanpa Fakhri, Malaysia mungkin tidak akan beraksi di pentas Final. Marilah sama-sama kita doakan supaya permainan Fakhri akan menjadi lebih baik selepas ini.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger