Tabik Apek! The Super Saver!!

Tuesday, November 22, 20110 comments


Credit Photo : OrenKecik Graphic

Walaupun dilanda pelbagai kontoversi mengenai kisah peribadi, ianya sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan dan aksi Apek di atas padang. Malah, Apek atau nama sebenarnya, Khairul Fahmi Che Mat cukup fokus ketika beraksi malah beliau sering kali membuktikan betapa beliau sememangnya layak bergelar penjaga gol nombor satu negara.

Terbaru, sebelum pasukan negara memulakan aksi di Sukan Sea, Indonesia, Apek diselubungi kontoversi apabila gambarnya di parti hari jadi kekasihnya, Dahlia Teck tersebar meluas di internet. Malah lebih dasyat lagi, beliau turut dituduh meminum minuman keras. Cerita itu hadir di saat beliau bakal menggalas cabaran Malaysia dalam memepertahankan pingat emas Sukan Sea dalam acara bola sepak.

Namun, Apek tangkas membuktikan tahap profesional beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemain negara apabila membantu skuad negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea. Sepanjang kejohanan berlansung, Apek bermain dengan cukup baik malah muncul wira pada perlawanan akhir menentang Indonesia, apabila menyelamatkan sepakan penalti pemain Indonesia. Beliau juga berjaya menggagalkan percubaan bahaya pemain lawan dengan cukup cemerlang.

Kecemerlangan Apek dalam memastikan gawang Malaysia sukar dibolosi berjaya menghadiahkan pingat emas Sukan Sea 2011 buat negara dalam acara bola sepak. Tabik Apek! Kontoversi kisah peribadi tidak lansung mengugat persembahan beliau di atas padang.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger