Jocip Bonacin dan Chikondi Mpulula cuba nasib di N.Sembilan?

Wednesday, November 9, 20110 comments


Jocip & Chikondi bersama N.Sembilan menentang Malaysia |

Jocip & Chikondi semasa pemilihan di Kelantan ketika menentang Songkhla FC.

Setelah kecewa kerana gagal memikat hati ketua jurulatih, Peter James Butler, dua pemain import yang pernah diuji oleh pasukan The Red Warriors, Jocip Bonacin dan Chikondi Mplula kini dikhabarkan sedang mencuba nasib bersama pasukan Juara Piala Malaysia 2011, N.Sembilan.

Jocip Bonacin dari Croatia merupakan pemain yang bermain di posisi pertahanan tengah, manakala penyerang muda dari Malawi berusia 18 tahun, Chikondi Mpulula pula beraksi di posisi penyerang.

Aksi pertama kedua pemain import ini boleh dilihat pada pertemuan persahabatan antara pasukan N.Sembilan menentang pasukan kebangsaan Malaysia. Pada perlawanan itu, N.Sembilan tewas 0-2 hasil jaringan Safiq Rahim dan Shahrizal Saad.

Hai-O masih bersama N.Sembilan | photo by : Flirtycious Production

Dalam perlawanan itu juga, kelibat penjaring gol kemenangan Piala Malaysia 2011 N.Sembilan, Hairudin Omar turut kelihatan. Kehadiran beliau bersama pasukan N.Sembilan pada perlawanan persahabatan itu sedikit sebanyak menepis khabar angin perpindahan beliau ke ATM 2012. Adakah aksi cemerlang pada saingan Piala Malaysia 2011 menyaksikan N.Sembilan bersungguh-sungguh untuk mengekalkan khidmat beliau?


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger