Nizad Ayub beralih ke Selangor, Khairan Ezuan sertai Felda United

Wednesday, November 9, 20111comments



Bekas penyerang Kelantan musim 2011, Mohd Nizad Ayub yang sebelum ini dikhabarkan bakal menyertai Felda United, sekali lagi beralih arah dan kini sah akan menyertai pasukan Selangor untuk musim hadapan. Anak jadi Kelantan itu menyertai Selangor selepas jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Nizab Ayub sertai Selangor 2012

Sebelum ini, penyerang muda kelahiran Kelantan itu meminta pelepasan dari KAFA untuk menyertai Felda United walaupun namanya masih tersenarai dalam skuad Kelantan 2012. Tindakan beliau untuk mencari pasukan lain dilihat wajar, selepas pasukan Kelantan musim hadapan bakal dibanjiri pemain bertaraf bintang dan juga pemain import di posisi serangan sekali gus menyukarkan beliau untuk bermain dalam kesebelasan utama. Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya buat Nizad Ayub.


Sementara itu, pemain tengah yang dilepaskan oleh Kelantan, Khairan Ezuan Razali pula dikhabarkan bakal menyertai pasukan bimbingan E.Elavarasan, Felda United untuk musim 2012. Beliau yang sebelum ini sering dimasukkan sebagai pemain gantian untuk pasukan Kelantan, dijangka akan mengemudi jentera tengah pasukan Felda United untuk saingan liga Malaysia, musim depan.
Khairan Ezuan Razali sertai Felda United 2012

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 11, 2011 at 12:47 PM

salam,
Nk tanya admin laa..baju hak Khairan Ezuan pakai tu..ado jual ke?

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger