Pasukan Malaysia yang masih lagi segar dengan kemenangan pingat emas yang diraih di Sukan Sea Indonesia, bakal berdepan tugas getir menentang pasukan Olimpik Sryia dalam kelayakan Olimpik Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Sungguhpun turun selaku tuan rumah, kelebihan tidak terlalu berpihak kepada pasukan negara yang sudah pasti masih dalam keadaan letih selepas berjuang di Sukan Sea selain faktor kecederaan yang dialami pemain.
Namun, faktor keletihan dan kecederaan tidak boleh dijadikan alasan untuk skuad Olimpik negara gagal mempersembahkan aksi terbaik di hadapan puluhan ribu penyokong yang dijangka memenuhi stadium. Skuad Olimpik negara bakal dibarisi hampir 90% pemain yang sama di Sukan Sea kecuali beberapa pemain yang sudah melebihi had umur seperti, ketua pasukan, Baddrol Baktiar, Ashararudin Putra Omar dan juga Yong Kuang Yong.
Apa yang merisaukan Ong Kim Swee, adalah faktor kecederaan yang melanda beberapa pemain utama seperti Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharulnizam, Norsyahrul Hawari, Irfan Fazail dan juga Fandi Othman. Namun sedikit melegakan apabila dua pemain utama yang tidak dibawa ke Sukan Sea kerana cedera, Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robert sudah pulih dan bersedia menggalas misi menumbangkan Sryia.
Menentang Sryia merupakan perlawanan penting bagi menghidupkan peluang Malaysia ke Sukan Olimpik 2012. Ini kerana, perlawanan tersebut merupakan perlawanan kedua selepas skuad Olimpik negara tewas 0-2 ditangan Jepun pada perlawanan pertama tempoh hari. Malaysia yang diundi dalam kumpulan C turut disertai oleh pasukan gergasi Asia seperti Jepun dan Bahrain. Beraksi dihadapan penyokong sendiri, diharap anak buah Ong Kim Swee bakal mencipta satu lagi kejayaan yang membanggakan selepas berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Indonesia.
+ comments + 2 comments
nie second match group stage la. first match arituh kalah ngan jepun 2-0
takdok hal boh.. mene besar male ni puok kito