Pra-Musim 2012 : Kelantan Uji Belestier Khalsa FC

Wednesday, November 23, 20110 comments



Selepas menang 2-1 menentang skuad kebangsaan Maldives pada perlawanan persahabatan lepas, pasukan Kelantan The Red Warriors di bawah bimbingan jurulatih, Peter James Butler merantau ke seberang tambak, Singapura untuk menguji pasukan Belestier Khalsa FC.

Belestier Khalsa FC merupakan pasukan yang sedang bermain dalam Liga-S, dimana mereka kini menduduki tangga ke-9 liga. Pasukan yang bergelar "The Tiger" ini turut diperkuatkan oleh 5 orang pemain import, yang duanya dari Korea Selatan, dan masing-masing satu dari New Zealand, Australia dan Serbia.

Manakala untuk pasukan Kelantan pula, mereka bakal menurunkan beberapa pemain import seperti Denny Antwi dan Emmenuel Okine dari Ghana. Manakala pemain import yang diuji pada perlawanan menentang Maldives tempoh hari, Zakaria Charara dari Lebenon dijangka akan terus diuji dalam perlawanan ini.

Untuk maklumat, pasukan Kelantan akan kembali ke Malaysia untuk menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 26 November ini. Perlawanan dijangka akan dilansungkan di Stadium area Lembah Klang.

Kedudukan terkini Belestier FC di Liga-S

Info Perlawanan :

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
Belestier Khalsa FC lwn Kelantan FA
23 November 2011 (Hari Ini) | 7.00 malam
Stadium Toa Payoh , Singapura
MASUK PERCUMA

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger