credit photo : Mashelmy Mastor (klik)
Pasukan negara tiada pilihan lain selain dari meraih kemenangan pada pertemuan dengan Bahrain, malam ini jika mengimpikan untuk terus bersaing merebut tempat ke Sukan Olimpik 2012. Setakat ini, pasukan negara sudah tewas dua perlawanan awal, masing-masing tewas 0-2 kepada pasukan Jepun dan 0-2 ketika menentang pasukan Sryia.
Turun selaku tuan rumah, pasukan Malaysia mengharapkan sokongan padu dari penyokong untuk memberi sokongan moral kepada pemain menjelang pertemuan genting itu. Pasukan Bahrain turun ke Bukit Jalik dengan misi memburu kemenangan sulong selepas mereka juga tewas dalam dua perlawanan awal.
Malaysia dijangka akan membariskan barisan pemain terkuat kecuali beberapa pemain yang masih dalam senarai kecederaan. Antara pemain yang cedera ialah Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharul Nizam, Fadhli Shas dan yang terbaru Muslim Ahmad. Akan tetapi, pasukan Malaysia mungkin sedikit lega apabila penyerang, Syahrul Azwari dan pemain tengah, Irfan Fazail dikhabarkan sudah cergas untuk diturunkan dalam perlawanan malam ini.
credit photo : Shazli Shamsudin (klik)
Kelibat pemain termuda negara dalam pasukan Olimpik, Nazmi Faiz dijangka diturunkan dalam perlawanan malam esok. Kredibiliti pemain ini ditagih dalam menjana serangan pasukan disamping membantu pertahanan. Walaupun memiliki susuk badan yang kecil, ia tidak menjadi masalah kepada pemain ini untuk memenangi bola.
Dijangka beberapa perubahan bakal dilakukan dalam kesebelasan utama kali ini. Fakri Saarani yang mendapat kecaman daripada penyokong ekoran dari aksi yang hambar, berkemungkinan bakal diletakkan dalam bangku simpanan untuk kali ini. Kembalinya Norsyahrul Azwari dari kecederaan, beliau dijangka akan digandingkan dengan pemain tengah, Irfan Fazail untuk merobek kubu pasukan Bahrain. Semoga Malaysia beroleh kemenangan pada pertemuan ini.
BARISAN KEMUNGKINAN :
Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Amer Saidin, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal, Nazmi Faiz, Gurusamy, Fandi Othman, Irfan Fazail, Norsyahrul Azwari.