Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia Tiada Nasib!

Sunday, November 27, 20111comments


Gol kemenangan pasukan Bahrain pada minit ke-86.
credit photo : Dunia Warriors (klik)

Selesa mendahului 2-0, tidak memberi apa-apa makna selepas Bahrain berjaya bangkit dari ketinggalan untuk mereka menang 3-2 mengatasi pasukan Olimpik Malaysia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Malaysia terlebih dahulu di depan menerusi jaringan cantik Nazmi Faiz pada minit ke-30. Pemain muda itu bijak membawa bola menewaskan pertahanan lawan sebelum melakukan satu rembatan luar kota penalti menewaskan penjaga gol Bahrain. Selepas itu, pasukan Malaysia terus mengasak namun gagal menambah jaringan. Keputusan separuh masa pertama, Malaysia menadahului Bahrain dengan jaringan 1-0.

Bermula separuh masa kedua, Bahrain cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan namun berjaya disekat oleh pertahanan Malaysia. Pada minit ke-60, pasukan Bahrain terpaksa bermain 10 orang selepas seorang pemain mereka dilayangkan kad merah. Kesempatan itu digunakan oleh Malaysia untuk menambah jaringan menerusi Mahali Jasuli pada minit ke-68. Selesa mendahului 2-0, dan berkelebihan bermain sebelas lawan sepuluh, Malaysia dijangka mudah untuk memenangi perlawanan itu.

Namun, kelekaan di sepuluh minit terkhir membawa pada, apabila Bahrain berjaya manjaringkan tiga gol pada minit ke 80', 84' dan 86' sekaligus memberi Bahrain kemenangan mutlak pada malam ini. Kekalahan ini sekaligus meyukarkan pasukan Malaysia untuk terus merebut tempat ke Sukan Olimpik 2012!

Kehilangan Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal dah Affizie Mamat ekoran kecederaan dikatakan menjadi punca pasukan Malaysia tewas pada 10 minit terakhir. Ternyata, selepas ketiga pemain ini dikeluarkan, pasukan Malaysia dilihat gagal menguasai bahagian tengah memberi kelebihan kepada pasukan Bahrain mendominasi perlawanan sekaligus keluar sebagai pemenang.

KESEBELASAN UTAMA MALAYSIA :

Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Amer Saidin, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal (Syahrul Azwari), Nazmi Faiz (Ferris Danial), Affizie Mamat (Shukor Jusoh), Fandhi Othman, Irfan Fazail, Thamil Arasu.

Share this article :

+ comments + 1 comments

November 28, 2011 at 5:20 PM

Terus berjuang jer lah HARIMAU MALAYA...
no matter wat, mereka dh usaha...
singgah2 jap.. usha entry usha iklan..
sama2 tambah tabung..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger