Misi Pertahankan Pingat Emas Sukan Sea

Saturday, November 5, 20110 comments



Skuad negara yang menjuarai Sukan Sea 2009.

Pasukan bawah-23 tahun kebangsaan menghadapi tugas berat dalam usaha mempertahankan pingat emas sukan sea yang dimenangi 2 tahun lepas. Malaysia diundi di dalam "kumpulan maut" bersama gergasi asia tenggara, Thailand, Singapura dan juga tuan rumah, Indonesia. Hanya Kemboja sahaja yang dilihat sebagai pasukan lemah di dalam kumpulan itu.

Malaysia akan memulakan cabaran sukan sea menentang Singapura pada perlawanan pembukaan, 7 November 2011. Untuk perlawanan menentang Singapura, skuad bimbingan Ong Kim Swee tidak mempunyai pilihan lain selain memenangi perlawanan tersebut jika mengimpikan untuk mecuri salah satu slot ke pusingan seterusnya. Kerana lawan lain yang akan menanti selepas ini adalah lebih sukar.

Kehilangan Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robert ekoran kecederaan sedikit sebanyak memberi tamparan hebat buat Ong Kim Swee kerana kedua pemain itu mempunyai impak yang cukup besar kepada pasukan. Dengan kehilangan kedua pemain itu, Ong Kim Swee bertindak memanggil pemain kebangsaan bawah-19 tahun, Nazmi Faiz untuk menyertai skuad sukan sea. Kehadiran Baddrol Baktiar dan Khairul Fahmi Che Mat mungkin sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Ong Kim Swee dalam usaha beliau membawa pasukan mempertahankan pingat emas sukan sea. Selamat maju jaya buat pasukan negara.


Senarai 20 pemain ke Sukan Sea 2011 :

Penjaga Gol :
Khairul Fahmi Che Mat (Apex), Izham Tarmizi.

Pertahanan :
Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Ashrarudin Putra, Amer Saidin, Muslim Ahmad, Fandi Othman.

Tengah :
Irfan Fazail, Nazmi Faiz, K.Gurusamy, Baddrol Baktiar (C), Yong Kuang Yong, Shukor Jusoh, Wan Zaharulnizam.

Penyerang :
A.Thamil Arasu, Fakri Saarani, Izzaq Faris, Syahrul Azwari.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger