Pemain Baru TRW 2012!

Saturday, November 5, 20110 comments


Siapa bakal sertai Super Warriors 2012??

Sebelum berakhirnya Piala Malaysia 2011 lagi, pelbagai khabar angin perpindahan pemain ke pasukan Kelantan The Red Warriors musim 2012 sudah mula kedengaran. Berapa nama "bintang" dikaitakn untuk perpindahan masuk dan tidak dilupakan perpindahan keluar "bintang" The Red Warriors ke pasukan lain.

Berikut adalah nama pemain-pemain yang dikaitkan dengan skuad "Super Warriors" Kelantan The Red Warriors 2012 :

1) Norfarhan Muhammad
  • Pemain kelahiran Terengganu ini pernah bersama Kelantan menjulang Piala Malaysia 2010. Lebih manis lagi, gol kemenangan Kelantan yang dijaringkan oleh Piya ketika itu adalah hasil dari lorongan cantik beliau menewaskan pertahanan lawan.
  • Peratusan : 99.9% sertai "Super Warriors 2012".

2) Indra Putra Mahyudin :
  • Indra Putra Mahyudin juga merupakan anggota skuad yang menjuarai Piala Malaysia 2010 bersama Kelantan. beliau juga pernah memakai lilitan di lengan sebagai Ketua Pasukan Kelantan pada musim 2009 selepas kecederaan panjang Piya. Namun, selepas menjuarai Piala Malaysia 2010, beliau telah berpindah ke pasukan T-Team dengan perpindahan kontoversi bersama Nurfarhan dan juga Azizi Mat Rose.
  • Peratusan : 90% sertai "Super Warriors 2012".

3) Azizi Mat Rose :
  • Pemain pertahanan T-Team ini merupakan antara pertahanan terbaik dalam Liga Malaysia. Memiliki susuk tubuh tinggi dan sasa, kelebihan memenangi perebutan bola di udara merupakan senjata ampuh yang menyebabkan beliau mahu dimiliki oleh kebanyakan pasukan besar. Pemain ini jugak pernah bersama Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia 2010, namun beliau tidak dapat beraksi di Final itu gara-gara kecederaan.
  • Peratusan : 90% sertai "Super Warriors 2012".

4) Amirulhadi Zainal :
  • Pemain sayap Selangor ini dikhabarkan antara bintang yang bakal menyertai The Red Warriors untuk musim 2012. Pada mulanya, pemain ini hampir pasti menjadi milik pasukan The Red Warriors, namun kini, The Red Warriors terpaksa bersaing dengan "kuasa wang" dari pasukan lain yang juga berkeinginan mendapatkan pemain ini termasuk pasukan asalnya, Selangor. Selain Kelantan, pemain ini turut dikaitkan dengan N.Sembilan dan juga Johor FC.
  • Peratusan : 55% sertai "Super Warriors 2012".

5) Safiq Rahim :
  • Ketua pasukan negara ini yang memiliki kepakaran dalam sepakan percuma juga menjadi salah satu sasaran The Red Warriors. Namun The Red Warriors terpaksa bersaing sekali lagi dengan "kuasa wang" yang dimiliki oleh beberapa pasukan yang juga mahukan khidmat beliau. Walaupun pada dasarnya, peluang untuk menyertai The Red Warriors 2012 dilihat cerah, namun pemain ini dikatakan memilih untuk kekal bersama pasukan asalnya, Selangor. Pemain ini juga menjadi buruan pasukan Perak.
  • Peratusan : 40% sertai "Super Warriors 2012".

6) Azlan Ismail :
  • Azlan Ismail merupakan anak jati Kelantan yang sudah lama berkelana di negeri orang. Selepas keluar dari pasukan Kelantan, pemain ini pernah menyarung jersi pasukan Terengganu dan yang terahir Kedah sebelum beliau dilepaskan oleh pasukan Kedah. Kini, status beliau sebagai "Free Agent" memungkinkan Kelantan menandatangani pemain ini. Namun, status kecederaan panjang yang dialami beliau ketika ini memaksa Kelantan berfikir panjang sebelum mengikat kontrak pemain ini.
  • Peratusan : 80% sertai "Super Warriors 2012".

7) Zairo Anuar Zailani :
  • Selain dari Safiq Rahim, Kelantan turut mengintai seoarang lagi pemain T-Team, iaitu pemain tengah, Zairo Anuar Zailani. Namun anak kelahiran Terengganu itu dikhabarkan kekal bersama T-Team atau bakal menyertai pasukan Terengganu untuk musim 2012.
  • Peratusan : 40% sertai "Super Warriors 2012".

8) Nizarudin Yusoff :
  • Sebelum sepak mula Piala Malaysia lagi, nama Nizarudin Yusoff antara yang terawal dikhabarkan bakal menyertai The Red Warriors 2012. Semakin hari, nama ini semakin tenggelam di dalam khabar angin pemain-pemain bintang yang lain. Adakah pemain ini antara kejutan yang bakal menyertai The Red Warriors 2012?
  • Peratusan : 30% sertai "Super Warriors 2012".

9) Azi Shahril Azmi :
  • Pemain pertahanan Felda United ini berada dalam radar The Red Warriors sejak kebelakangan ini. Ini berkemungkinan sebagai persediaan awal jika gagal mendapatkan Azizi Mat Rose dari pasukan T-Team. Setelah menghantar pulang pemain import, Jocip Bonacin, Kelantan dilihat lebih berkeinginan untuk mengisi posisi pertahanan dengan pemain "import" tempatan. Adakah Azi Shahril juga berada dalam senarai "kejutan" yang bakal menyertai The Red Warriors 2012 nanti?
  • Peratusan : 40% sertai "Super Warriors 2012".

10) Norazlan Razali :
  • Nama penjaga gol muda K.Lumpur ini disebut-sebut bakal menyertai The Red Warriors 2012 selepas ada desas desus mengatakan penjaga gol nombor satu Kelantan, Apek dilamar oleh Selangor. Norazlan dilihat sebagai persediaan Kelantan untuk menghadapi segala kemungkinan jika Apek menyertai Selangor secara mengejut. Selain itu, Kelantan memerlukan seoarang lagi penjaga gol setelah Norhadi Ubaidillah dilepaskan dan Halim Napi sudah bersara.
  • Peratusan : 40% sertai "Super Warriors 2012".

11) Hardi Jaafar :
  • Hardi Jaafar antara pemain yang sudah dilepaskan oleh pasukan Selangor. Setelah Safiq Rahim hampir pasti kekal bersama Selangor, adakah Hardi Jaafar menjadi pemain yang tiba secara mengejut buat pasukan The Red Warriors 2012?
  • Peratusan : 10% sertai "Super Warriors 2012".

12) Yong Kuang Yong :
  • Pemain muda ini merupakan pemain yang meningkat naik sejak akhir-akhir ini. Aksi cemerlang beliau bersma K.Lumpur menyaksikan beliau dipanggil untuk menyertai skuad negara. Pada mulanya, pemain ini merupakan antara pemain yang dikhabarkan bakal menyertai The Red Warriors 2012. Namun, sejak akhir-akhir ini, nama pemain ini tenggelam dek khabar angin pemain bintang yang lain. Adakah pemain ini juga akan menjadi pemain "kejutan" buat The Red Warriors 2012?
  • Peratusan : 30% sertai "Super Warriors 2012".

13) Ezrie Shafizie :
  • Mungkin ramai yang tidak mengenali Ezrie Shafizie. Beliau merupakan bekas pemain Kelantan pada era Peter James Butler 2009. Jika anda masih mengingati kekalahan Final Piala FA 2009 di tangan Selangor, Ezrie merupakan penjaring gol tunggal Kelantan ketika penentuan penalti pada perlawanan akhir itu. Dengan kembalinya Peter James Butler bersama The Red Warriors, adakah Ezrie Shafizie juga akan kembali bersama pasukan?
  • Peratusan : 50% sertai "Super Warriors 2012".

14) Denny Antwi (Import) :
  • Penyerang dari Ghana ini antara pemain import yang terawal diuji untuk menyertai The Red Warriors musim 2012. Beliau dilihat sebagai pilihan utama untuk menyertai The Red Warriors selepas beberapa pemain import lain seperti Jocip Bonacin, Chikondi Mpulula, dan Jean Black masing-masing sudah dihantar pulang. Adakah beliau akan bergandingan dengan Mat Yo di posisi serangan TRW 2012?
  • Peratusan : 70% sertai "Super Warriors 2012".

15) Emmanuel Okine (Import) :
  • Pemain ini merupakan rakan senegara Denny Antwi. Beliau juga masih lagi berada dalam senarai pemain yang diuji. Pemain ini asalnya beraksi di posisi pertahanan tengah. Namun, dengan jangkaan kehadiran Azizi Mat Rose di posisi tersebut, Emmenual Okine dilihat lebih banyak bermain di posisi tengah bertahan. Adakah pemain ini juga akan menyertai The Red Warriors 2012 dengan kelebihan beliau beraksi di dua posisi iaitu pertahanan dan juga tengah. Atau pasukan The Red Warriors lebih memerlukan pemain di posisi serangan menyebabkan pemain ini terpaksa diketepikan?
  • Peratusan : 50% sertai "Super Warriors 2012".

PEMAIN LAMA YANG KEKAL :

1) Khairul Fahmi Che Mat
2) Shahrizan Ismail
3) Daudsu Jamaluddin
4) S.Subramaniam
5) Zairul Fitree
6) Rizal Fahmi
7) Aziz Ismail
8) Farisham Ismail
9) S.Chanturu
10) Shakir Shaari
11) Badri Radzi
12) Nurul Azwan Roya
13) Izuan Solahudin *Daftar atas Piala Presiden
14) Khairul Izwan Rosli
15) Norshahrul Idlan Talaha
16) Ramzul Zahini Adenan

Pemain Piala Presiden yang dinaikkan ke Liga Super :

17) Zamri Ramli *Daftar atas Piala Presiden
18) Nik Shahrul Azim *Daftar atas Piala Presiden
19) Mohd Aris Zaidi *Daftar atas Piala Presiden



Persoalannya, sejauh mana keupayaan The Red Warriors untuk mencabar kejuaraan semua piala musim 2012?



**Analisis admin berdasarkan khabar angin yang tersebar di internet ;)


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger