Nizab Ayub rakan gandingan Fakri Saarani di Felda United 2012!

Saturday, November 26, 20110 comments


Nizad Ayub sah sertai Felda United secara pinjaman

Desas desus mengatakan Nizad Ayub ke Felda United ternyata meleset. Pemain itu yang dikhabarkan sudah pasti bersama pasukan Selangor 2012 sebenarnya masih lagi kekal sebagai pemain Kelantan, namun beliau beliau dipinjamkan ke Felda United sehingga Julai 2012.

Pengesahan ini telah disahkan sendiri oleh presiden KAFA, Tan Sri Annuar musa menerusi laman Facebook peribadi beliau. Kenyataan yang dikeluarkan beliau sekaligus menutup khabar angin mengenai status Nizad Ayub.

Pada mulanya, Nizad sememangnya dikhabarkan bakal menyertai Felda United secara kekal, selepas beliau meminta dilepaskan, tetapi secara tiba-tiba beliau dikatakan memilih untuk ke Selangor selepas Irfan Bakti dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Tetapi akhirnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bertindak terus mengekalkan Nizad Ayub tetapi memberi pinjam pemain itu kepada Felda United sehingga Julai 2012. Menurut Tan Sri Annuar Musa, beliau yakin bahawa Nizad Ayub masih boleh maju di masa akan datang. Hal ini, mungkin menjadi sebab mengapa Nizad terus dikekalkan dan hanya dipinjamkan ke Felda United.

Mesej Tan Sri Annuar Musa kepada penulis


Kenyataan Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook beliau

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger