[VIDEO] Ong Kim Swee Bantai Wartawan Malaysia!

Wednesday, November 23, 201110comments


Reaksi Ong Kim Swee apabila ditanya soalan berunsur negatif.

"Coach, adakah orang cakap selepas menang Sea Games, perlawanan menentang Sryia tidak dianggap sebagai penting coach?", begitulah soalan negatif yang ditujukan kepada Ong Kim Swee sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Penulis sendiri hairan dengan sikap segelintir wartawan dan media Malaysia yang seolah-olah hanya cuba mencari kontoversi daripada terus memberi sokongan terhadap perkembangan sukan negara kita. Kalau bukan media kita yang sokong, siapa lagi?

Disaat skuad negara pulang dengan membawa pingat emas untuk diraikan, dan juga disaat skuad negara berdepan misi penting menentang Sryia, adakah wajar bagi seoarang wartawan bertanyakan soalan yang mampu membunuh semangat pasukan? Come On Malaysian Press, be Positive!


p/s : Sudahlah mendapat layanan buruk di Indonesia, balik negara sendiri pun masih ada yang "negatif"?


credit video : TheMynewshub's Channel
Share this article :

+ comments + 10 comments

Anonymous
November 23, 2011 at 4:08 AM

begitulah realiti wartawan di malaysia tidak kira ruangan apa pun. baik sukan, hiburan dll. bayangkan kalau team malaysia kalah.. apa yang dorang akan tuliskan nanti??..

November 23, 2011 at 4:31 AM

hamik kau..kena sebijik atas muka tu..tu la..lain kali tanya la soalan2 yang matang..aku rasa diorang main bedal je tanya tu..

satu lagi soalan bodoh..kenapa sampai lewat..rasa tak perlu jawab kot soalan macam tu..

rasanya sampai pukul 5 pagi kan?(betulkan kalau saya salah)..game habis pukul berapa nak sampai awal..kamon lah media..haha

nak letak video ni jugak dalam blog aku boleh tak admin?kalau boleh inform aku..haha..

http://paihujey.com/blog/apakah-gadget-impian-pilihan-aku/

November 23, 2011 at 4:45 AM

silap maklumat..pukul 8 pagi sampai LCCT..

November 23, 2011 at 4:47 AM

Anonymous : Yah!! Itulah realitinya... Bak yg buruk, kontroversi, laju jer.. kadang2 yang xde pun diada2kan... yg penting bg dorg, cerita tu sensasi n cerita dorg boleh jual... Kalo team Malaysia kalah, 7 hari 7 malam la duk bantai tema M'sia.. Aku tgk Media indon, walaupun team dorg kalah, still lagi backup2.. kalo menang, lagi la dorg sanjung.. sebaliknya berlaku di Malaysia... What a shame...

November 23, 2011 at 4:50 AM

Paihujey : Boleh jer bro.. aku pun main amik jer video ni kat Youtube.. tapi jgn lupa bg kredit kat TheMyNewshub's Channel.. tu sumber asal Video ni... ni....

Mcm ko ckp la kan, ade ke tanya "kenapa sampai lewat???" adoii.. pls la.. xbley ke tanya, "Bagaimana perasaan coach setelah berjaya membuktikan kejaguhan Malaysia di depan puluhan ribu penyokong lawan?". haha kan lg elok soalan tu.. hehe

November 23, 2011 at 7:02 AM

bagi aku..perlu jgk wartawan kata begitu,baru pemain lebih sentiasa bersedia juga bermotivasi dan tidak dibuai dgan kejayaan..sbb matlamat kita masih jauh,kalau hendak jadi jaguh asia dan pencabar dunia.

Ha
November 23, 2011 at 11:35 AM

di celah mana soalan tu dapat disamakan dengan tidak menyokong/memperkecik2kan/negatif pasukan negara?

Anonymous
November 23, 2011 at 12:03 PM

sepatutnya OKS tidak perlu melatah dengan soalan dr media..apa saja soalan dr media..jawab saja dengan tenang..media juga la yg menaikan segalanya..media ni bukan kata wartawan saja..blogger pun sama..

Wartawan tu tanya untuk mendapatkan jawapan yang lebih menyakinkan sebab lawan harimau muda malam ini bukannya dari kalangan negara asean. Itu maksud wartawan tu..bukannya soalan negatif.


Bg aku, soalan wartawan tu tk berbetuk negatif pun..dan cuma orang yg berfikiran negatif saja akan cakap itu soalan negatif. Wartawan akan tanya apa saja dah memang tugas dia.

November 23, 2011 at 12:15 PM

aku tetap sokong jawapan pedas dr OKS tu...

melatah? bagi aku dia tenang jek bidas wartawan tu..tu bukan melatah tu...tu bidas dlm tenang...hehehe

bagi pengajaran kt wartawan tu...member tu dh lepas saat getir kt indon, pulang msia, tak sempat tido...kepala tengah serabut..tanya mcm tu? ada akai ka...

hehe..

peacee to all penyokong harimau kita...

jangan jadikan kudis sutir dua jadi penghalang...kalau perlu bunag kudis2 kt dalam malaysia ni, buang jek...risau jadi nanah nanti..

Anonymous
November 23, 2011 at 12:28 PM

Biasa la.. wartawan perlukan sensationalism untuk jual story..

Tgok la tajuk story ni..

Kim Swee "Bantai" wartawan...

vs

Kim Swee "Persoal" negativiti Wartawan...

:)

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger