Piala Emas Raja-Raja 2011 : Kelantan Bangkit Benam K.Lumpur

Saturday, November 26, 20110 comments



Pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan bangkit dari kekalahan 0-3 di tangan Melaka semalam apabila membenam cabaran K.Lumpur, 3-0 di Padang Penjara, petang tadi. Kemenangan ini sekaligus mengembalikan peluang pasukan Kelantan untuk layak ke pusingan seterusnya.

Menyedari hanya kemenangan yang mampu mencerahkan peluang layak ke suku akhir, Kelantan turun garang apabila melakukan asakan bertali arus ke kubu pasukan K.Lumpur sebaik sahaja wisel sepak mula ditiup. Khairul Annuar Ramli memberi gol pendahuluan buat pasukan Kelantan seawal minit ke-14 sebelum Norfarhan Yaakob menggandakan kedudukan sepuluh minit kemudian. Separuh masa pertama berakhir dengan Kelantan selesa mendahului dengan jaringan 2-0.

Bermula separuh masa kedua, K.Lumpur dilihat berjaya mneyerap asakan bertali arus Kelantan namun mereka gagal mencari gol sulong. Kelantan yang selesa mendahului 2-0 akhirnya memperoleh gol ketiga menerusi Tuan Norhafizie pada minit ke-88 sekaligus mematikan semangat juang pasukan K.Lumpur. Tamat perlawanan, Kelantan menang 3-0.

Untuk perlawanan lain, Melaka berjaya menewaskan pasukan Perlis dengan jaringan tipis 1-0, tetapi keputusan itu sudah cukup memadai untuk Melaka menempah slot ke suku akhir. Bagi pasukan Kelantan pula, mereka perlu menumpaskan pasukan Perlis dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan petang esok, untuk mengikut jejak Melaka layak ke suku akhir.

KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI INI :

KELANTAN 3-0 K.Lumpur
Melaka 1-0 Perlis

JADUAL PERLAWANAN ESOK : 27 November 2011

K.Lumpur lwn Melaka | 3.00 petang
KELANTAN lwn Perlis | 5.00 petang

VENUE PERLAWANAN :
Padang Penjara, Pengkalan Chepa

TIKET :
RM 5

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger