Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan rebut anugerah Supermokh!

Saturday, November 26, 20110 comments



Menjelang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011, Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh dilihat paling mencuri tumpuan. Perebutan 3 penjuru antara penjaga gol nombor satu kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan rakan sepasukannya di Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, disamping Safiq Rahim dari pasukan Selangor dilihat cukup sengit. Siapakan bakal mencipta nama sebagai pemenang pertama Anugerah Supermokh itu? Segalanya akan terjawab, Rabu ini.

Untuk ketogori penjaga gol terbaik, 3 nama yang tersenarai ialah Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Sarbinee Allawee (Terengganu) dan Farizal Marlias (N.Sembilan). Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek dilihat bakal menjadi pilihan untuk anugerah ini selepas aksi cemerlang yang ditunjukkan beliau bersama skuad Kelantan dan kebangsaan sepanjang musim 2011. Terbaru, beliau telah berjaya membantu pasukan Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan Sea, Indonesia.

Aidil Zafuan Abdul Razak (N.Sembilan), Marzuki Yusoff (Terengganu), Norhafiz Zamani Misbah (N.Sembilan) pula bakal bersaing dalam ketegori pertahanan terbaik. Aksi kental Marzuki ketika bersama pasukan Terengganu dilihat bakal memberi sedikit kelebihan kepada beliau untuk memenangi anugerah ini. Namun cabaran sengit pastinya hadir dari pemain kebangsaan, Aidil Zaquan dalam cubaan beliau menggondol anugerah pemain pertahanan terbaik.

Di dalam ketegori pemain tengah terbaik, persaingan antara 3 pemain dari 3 pasukan berbeza, iaitu Baddri Radzi (Kelantan), Safiq Rahim (Selangor) dan Josep Kalang Tie (Terengganu) dilihat paling sengit dimana ketiiga-tiga pemain ini merupakan nadi utama kepada pasukan masing-masing.

Anugerah penyerang terbaik pula bakal direbut oleh pemain terbaik Piala Malaysia 2011, Hairudin Omar (N.Sembilan) , penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya (Terennganu). Ketegori ini juga menampilkan saingan sengit dimana ketiga-tiga pemain ini memiliki tahap prestasi terbaik dalam satu satu kejohanan. Abdul Hadi cukup cemerlang di dalam Liga Super, manakala Hairudin Omar pula cemerlang dalam Piala Malaysia. Bagi Norshahrul pula,beliau cukup konsisten sepanjang Liga Malaysia.

Irfan Bakti (Terengganu), Dato' M.Karathu (Kelantan) dan Norizan Bakar (Perak) pula bakal bersaing dalam anugerah jurulatih terbaik 2011. Persaingan sengit pasti berlaku antara Irfan dan Karathu dimana kedua jurulatih ini telah berjaya membawa pasukan masing-masing memenangi piala. Dato' M.Karathu berjaya dengan dua Piala buat Kelantan, iaitu Piala Sumbangsih dan Piala Liga Super selain Naib Juara Piala FA. Manakala bagi Irfan pula, kejayaan menjulang Piala FA serta melangkah ke Final Piala Malaysia bakal menjadi pertaruhan untuk memenangi anugerah ini.

Dalam ketegori anugerah pemain muda terbaik, 3 pemain dari Harimau Muda A telah mendominasi ketegori ini. Nama Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal merupakan 3 nama yang selayaknya bertanding dalam anugerah ini. Kelebihan sedikit buat Fadhli dan Irfan kerana berjaya membantu pasukan Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea 2011 dimana ketika itu Wan Zack tidak dapat menyertai pasukan kerana mengalami kecederaan.

Senarai Penuh Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011 :

PENJAGA GOL TERBAIK :
  • Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  • Sarbinee Allawee (Terengganu)
  • Farizal Marlias (N.Sembilan)
PERTAHANAN TERBAIK :
  • Marzuki Yusof (Terenggnu)
  • Aidil Zafuan (N.Sembilan)
  • Norhafiz Zamani Misbah (N.Sembilan)
PEMAIN TENGAH TERBAIK :
  • Safiq Rahim (Selangor)
  • Badri Radzi (Kelantan)
  • Joseph Kallang Tie (Terengganu)
PENYERANG TERBAIK :
  • Hairudin Omar (N.Sembilan)
  • Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  • Abdul Hadi Yahya (Terengganu)
JURULATIH TERBAIK :
  • Irfan Bakti (Terengganu)
  • Dato' M.Karathu (Kelantan)
  • Norizan Bakar (Perak)
PEMAIN MUDA TERBAIK :
  • Fadhli Shas (Harimau Muda A)
  • Irfan Fazail (Harimau Muda A)
  • Wan Zack Haikal (Harimau Muda A)
PEMAIN PALING BERNILAI SUPERMOKH :
  • Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  • Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  • Safiq Rahim (Selangor)
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger