Pra-Musim 2012 : Kelantan Mudah Atasi Balestier Khalsa FC

Wednesday, November 23, 20111comments



Pasukan Kelantan The Red Warriors mudah mengatasi kelab Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa, di Stadium Toa Payoh, malam tadi. Kemenangan itu merupakan kemenangan kedua yang diraih oleh pasukan Kelantan dalam siri jelajah perlawanan persahabatan selepas menang 2-1 menentang skuad kebangsaan Maldives pada perlawanan lepas.

Turun selaku pasukan pelawat, Kelantan mendahului lawan seawal minit ke-19 menerusi pemain import dari Ghana, Emmenual Okine. Manakala Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-53 dan 90 bagi melengkapkan kemenangan skuad Kelantan mengatasi Balestier Khalsa FC, 3-0.

Nurul Azwan Roya menjaringkan gol kedua Kelantan.

Selepas ini, pasukan Kelantan akan kembali ke Malaysia untuk meneruskan siri perlawanan persahabatan di Lembah Klang. Perlawanan terdekat yang bakal diharungi skuad bimbingan Peter James Butler itu ialah menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada 26 November ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

KESEBELASAN UTAMA :

Balestier Khalsa FC:
Joey Sim (GK) Poh Yi Feng, Vahid Bogucanin, Paul Cunningham (C), Anas Hadee; K Vikraman, K Sathiaraj, Ridhwan Osman, Andrew Tan; Shamsurin Rahman, Kim Young Kwang.

Coach : Salim Moin

Kelantan FA:
Mohd Syazwan Yusoff (GK) S. Subramaniam (C), Nik Mohd Shahrul Azim, Aziz Ismail, Zamri Ramli, Emmanuel Okine, Nurul Azwan Roya, S. Chanturu, Khairul Izuan Rosli, Norsyahrul Hawari dan Denny Antwi.

Coach :
Peter James Butler
Share this article :

+ comments + 1 comments

November 24, 2011 at 9:31 AM

kemah molek dah tu..semoga pasukan kito terus berjaya..

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger