Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia Tumpas Di Tangan Sryia

Wednesday, November 23, 20110 comments



Skuad Harimau Muda gagal meneruskan aksi cemerlang di Sukan Sea apabila tumpas 0-2 menentang pasukan Sryia dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan kelayakan Olimpik, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Turun tanpa beberapa tonggak utama yang cedera, Malaysia bermula dengan baik apabila berjaya mengikat lawan seri tanpa jaringan sehinga tamat separuh masa pertama. Namun, semuanya tidak bertahan lama apabila Sryia mendapat gol pertama di separuh masa kedua menerusi Solaiman Sulaiman pada minit ke-51.

Cuba bangkit dari ketinggalan, skuad bimbingan Ong Kim Swee dilihat tidak bermaya untuk mengatasi lawan yang mendominasi perlawanan. Faktor keletihan dilihat menyebabkan pasukan Malaysia gagal memberi saingan yang lebih mantap. Sryia yang terus bernafsu menyerang kubu Malaysia yang dikawal Oleh Khairul Fahmi Che Mat akhirnya mendapat gol kedua pada minit ke-87. Tamat perlawanan, pasukan Malaysia tewas 0-2 kepada Sryia.

Untuk rekod, kekalahan ini merupakan kekalahan kedua pasukan Malaysia dalam kempen kelayakan Olimpik setelah tewas 0-2 kepada pasukan Jepun pada perlawanan pembukaan.

credit video : sokernet.com

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger