Pra-Musim 2012 : Kelantan Tumbang di Paroi!

Tuesday, November 29, 20111comments


Kesebelasan utama pasukan Kelantan.
credit photo : Flirtycious Production (klik)

Setelah cemerlang dalam tiga perlawanan persahabatan sebelumnya, kali ini pasukan The Red Warriors akhirnya tersungkur di arena lawan, apabila tewas 1-3 dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, di Stadium Tunku Abdul Rahmad, Paroi malam tadi.

Bermula separuh masa pertama, Kelantan yang menurunkan pemain import terbaru, Albert Baning dari Cameroon bergandingan dengan Danny Antwi, gagal menjelmakan jaringan. Kekebalan penjaga gol N.Sembilan, Faizal Marlias dan penjaga gol Kelantan, Syazwan menyaksikan kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, pasukan Juara Piala Malaysia 2011, N.Sembilan berjaya memecahkan kebuntuan jaringan apabila menyumbat gol pertama menerusi pemain import mereka, James Emmenual Emana pada minit ke-56. Selepas memperoleh gol pertama, N.Sembilan terus mengasak pasukan Kelantan dan akhirnya menggandakan kedudukan menerusi Idris Karim pada minit ke-63 untuk N.Sembilan selesa dengan kedudukan 2-0.

Kelantan yang ketinggalan 0-2 di belakang N.Sembilan cuba bangkit melawan menerusi beberapa siri serangan. Dan hasilnya, penyerang import berbisa Kelantan, Danny Antwi meledakkan gol pertama pasukan Kelantan pada minit ke-75 untuk merapatkan kedudukan kepada 2-1. Namun, keadaan itu tidak bertahan lama, apabila S.Kunalan berjaya menjaringkan gol ketiga buat negeri sembilan pada minit ke-79 hasil kesilapan penjaga gol Kelantan, Syawan Yusof yang gagal menangkap kemas. Keputusan penuh perlawanan, N.Sembilan menang dengan jaringan 3-1.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan pertama pasukan Kelantan yang sebelum ini cemerlang dengan 3 kemenangan awal dalam siri perlawanan persahabatan. Untuk perlawanan seterusnya, Kelantan akan berdepan dengan pasukan Perak, pada 1 Disember ini, di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, N.Sembilan.

KEPUTUSAN PERLAWANAN :

N.Sembilan FA 3-1 Kelantan FA
#James Emmenuel Emana 56'
# Idris Karim 63'
# Danny Antwi 75'
# S.Kunalan 79'

KESEBELASAN UTAMA KELANTAN :

Syazwan Yusof, Daudsu Jamaluddin (Rizal Fahmi Rosid), Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Aziz Ismail (Zamri Ramli), S.Chanturu (Ramzul Zahini), Badri Radzi (Emmenuel Okine), Khairul Izuan Rosli, Nurul Azwan Roya (Izuan Salahuddin)(Aris Zaidi), Albert Baning, Danny Antwi.

Share this article :

+ comments + 1 comments

December 11, 2011 at 2:13 AM

wawan

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger