Safiq, Amirulhadi Masih Sayangkan Selangor

Saturday, November 5, 20111comments


Amirulhadi dan Safiq Rahim


"Saya sendiri masih belum memikirkan pasukan mana yang sesuai. Memang saya ada menerima tawaran daripada enam pasukan lain, tapi dalam hati saya, saya memang sayangkan Selangor."

"Cuma apa yang boleh saya katakan, saya dan Amirulhadi pasti akan menyarung jersi pasukan yang sama musim depan." kata Safiq ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. -petikan dari sebuah akhbar tempatan, 5 November 2011.

Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Safiq menerusi sebuah akhbar tempatan itu, membayangkan bahawa pasukan lain sudah boleh melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat ketua pasukan negara itu. Dikhabarkan antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain itu ialah, Kelantan, Perak, ATM dan juga N.Sembilan.

Kenyataan tersebut juga bermakna, jika sekalipun Safiq Rahim memilih pasukan lain, bermakna Amirulhadi turut akan memilih pasukan yang sama. Jadi untuk pasukan yang mahu memancing pemain ini, pancinglah keduanya sekali.

Petikan sebuah akhbar tempatan.

Share this article :

+ comments + 1 comments

November 6, 2011 at 6:47 AM

mmm..tgk 2...bunyi kat0 nk mai kelate....
khbar angin jah...

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger