Skuad Piala Emas Kelantan Tewas Aksi Pertama

Friday, November 25, 20110 comments


Kelantan 0-3 Melaka

Selepas menjuarai Piala Agong menewaskan Perlis tempoh hari, pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang apabila terpaksa akur tewas 0-3 kepada pasukan Melaka, di Padang Penjara, petang tadi.

Turun selaku tuan rumah, Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila gagal menyaingi pasukan Melaka. Gol pertama pasukan Melaka hadir di penghujung masa pertama, apabila Faizil Khadar meletakkan pelawat 1-0 di depan pada minit ke-42.

Nazmi Ari menggandakan kedudukan apabila berjaya membolosi gawang Kelantan buat kali kedua pada minit ke-74. Melaka melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 apabila Zailan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84 setelah penyerang mereka dikasari pertahanan Kelantan. Keputusan penuh perlawanan, Kelantan 0-3 Melaka.

Keputusan Perlawanan Lain :
Perlis 4-0 K.Lumpur
Kedah 4-0 Singapura
P.Pinang 2-0 Terengganu
PDRM 4-1 ATM

JADUAL PERLAWANAN SETERUSNYA :

26 November 2011 (Sabtu)
Melaka lwn Perlis | 3.00 petang
KELANTAN lwn K.Lumpur 5.00 petang

27 November 2011 (Ahad)
K.Lumpur lwn Melaka | 3.oo petang
KELANTAN lwn Perlis | 5.oo petang

Venue Perlawanan :
Padang Penjara, Pengkalan Chepa
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger