Sukan Sea 2011 | Harimau Malaya musnahkan cerita dongeng Sang Garuda

Monday, November 21, 20110 comments


Pemain Malaysia bersorak keriangan selepas
Baddrol Baktiar menyempurnakan sepakan penalti kemenangan Malaysia.

Pasukan Malaysia, tampil cemerlang untuk menumpaskan pasukan Indonesia dalam penentuan penalti, di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah, di Stadium Bung Karno, sebentar tadi. Terlebih dahulu, anak buah Ong Kim Swee turun dengan barisan tempang apabila kehilangan khidmat beberapa pemain utama seperti Norsyahrul Azwari, Izzaq Faris Ramlan dan juga Wan Zaharul Nizam ekoran dari kecederaan.

Bermula separuh masa pertama, Indonesia bermula garang dan memperoleh gol awal menerusi jaringan pemain pertahanan, Gunawan pada minit ke-5 meletakkan Indonesia 1-0 dihadapan. Namun skuad muda negara, bangkit dari ketinggalan itu menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan kiri, Ashrarudin Putra pada minit ke-34, yang menewaskan Kurnia Megaherwan di gawang Indonesia.

Keputusan masa penuh 90 minit, Indonesia 1-1 Malaysia.

Keputusan seri dalam masa sebenar mengheret perlawanan ke masa tambahan. Aksi rancak saling menyerang kedua-dua pasukan cukup mencemaskan kedua-dua belah penyokong. Di masa tanmbahan, Indonesia berjaya mendapatkan gol hasil kelam kabut di depan gol Malaysia, namun dibatalkan kerana kedudukan "offside". Begitu juga dengan pasukan Malaysia yang berjaya meletakkan bola ke gawang Indonesia menerusi Zubir Azmi, namun juga dibatalkan kerana "offside". Kedukan seri 1-1 itu kekal sehingga memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Di dalam penentuan sepakan penalti, Malaysia terlebih dahulu mendapat kelebihan apabila sepakan kedua pemain Indonesia, Gunawan terkena tiang manakala sepakan Fandhi Otman pula menerjah jaring untuk meletakkan Malaysia di depan. Namun, Malaysia kembali tertekan apabila Ahmad Fakri Saarani gagal menewaskan penjaga gol Indonesia.

Pemain Malaysia meraikan Apek yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti Indonesia.

Mujur, di sepakan terakhir pasukan Indonesia, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menepis sepakan pemain Indonesia sebelum ketua pasukan, Badrrol Baktiar menjaringkan penalti terakhir untuk kemenangan mutlak buat pasukan Malaysia. Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lepas. Tahniah buat pasukan negara.

Keputusan Perlawanan :

Masa Sebenar :
Indonesia 1-1 MALAYSIA
-Gunawan 5'
-Ashararudin Putra 34'

Masa Tambahan :
Indonesia 1-1 MALAYSIA

Sepakan Penalti :
Indonesia 3-4 MALAYSIA
-Mahali Jasuli
-Fandi Othman
-Fakri Saarani (missed penalty)
-Fadhli Shas
-Baddrol Baktiar (C)




credit photo : Sukan Star
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger