Apek cemerlang menyelamatkan sepakan penalti pemain Indonesia.
Penjaga gol nombor satu kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, mucul wira pasukan Malaysia apabila menyelamatkan sepakan penalti terakhir pasukan Indonesia untuk membolehkan Malaysia merangkul pingat emas Sukan Sea 2011 dalam acara bola sepak.
Apek turut beraksi cemerlang sepanjang perlawanan dengan menafikan beberapa percubaan bahaya lawan yang diketuai oleh penyerang kelahiran Papua New Gunie, Titus Bonai dan juga Patrich Wanggai. Kecemerlangan Apek juga turut dibantu oleh pertahanan kental yang dipamerkan oleh Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan juga Ashrarudin Putra.
Selepas berjaya membawa pulang pingat emas Sukan Sea, Apek dan rakan-rakan perlu bersiap sedia untuk perlawanan kelayakan Olimpik menentang Sryia pada 23 November ini. Tahniah dan selamat maju jaya buat Apek dan pasukan Olimpik negara.
credit photo : Sukan Star