Sukan Sea 2011 | Malaysia hilang khidmat Izzaq Faris!

Sunday, November 20, 20111comments


Izzaq Faris Ramlan terlepas aksi Final!

Menjelang perlawanan akhir acara bolasepak Sukan Sea 2011, malam esok, khabar kurang enak menyelubungi kem skuad negara. Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan terpaksa melupakan aksi Final setelah mengalami kecederaan ketika perlawanan separuh akhir menentang Myanmar semalam.

Perkara ini disahkan sendiri oleh jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee menerusi berita Nadi Arena sebentar tadi. Izzaq Faris juga dijangka tidak dapat beraksi untuk perlawanan kelayakan Olimpik menentang pasukan Sryia, 23 November ini.

Selain dari Izzaq Faris, kecederaan yang dialami Fandi Othman juga sedikit merisaukan. Beliau dalam keadaan 50-50 sama ada mampu beraksi atau tidak. Status kecederaan Norsyahrul Azwari dan Wan Zaharulnizam pula masih belum dapat dipastikan.

Dengan kehilangan Izzaq Faris, Malaysia dijangka bakal menggunakan penjaring gol kemenangan Malaysia di separuh akhir, Ahmad Fakri Saarani sebagai penggempur utama bagi merobek kubu sang Garuda malam esok. Sekali lagi, sentuhan berbisa Fakri Saarani ditagih untuk menyentap ego pasukan tuan rumah, Indonesia.

Sentuhan berbisa Ahmad Fakri Saarani ditagih!




Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 21, 2011 at 11:11 AM

kalau ada wan zack haikal kan bestt

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger