Sukan Sea 2011 | Perhitungan Emas Harimau Malaya dan Garuda di Final!

Saturday, November 19, 20110 comments


credit video : Miloais84

Selepas pertembungan pertama kedua pasukan ini di peringkat kumpulan, sekali lagi, mereka bakal bertemu dalam Sukan Sea, namun di peringkat yang berbeza, iaitu perlawanan akhir! Pada perlawanan di peringkat kumpulan, Harimau Malaya berjaya menjinakkan Garuda di kandang sendiri hasil kemenangan 1-0 jaringan penyerang lincah, Syahrul Azwari. Kini, sudah pasti pasukan Indonesia mahu membalas kekalahan itu dipentas akhir di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

Malaysia yang menjuarai kumpulan A, bertemu naib juara kumpulan B, Myanmar pada perlawanan separuh akhir. Pada perlawanan itu, Malaysia berjaya menumbangkan Myanmar dengan kemenangan tipis, 1-0 hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani.

Manakala, Indonesia pula selaku naib juara kumpulan A, berdepan Vietnam yang menjuarai kumpulan B. Beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri, Indonesia bejaya menumpaskan Vietnam, 2-0 hasil jaringan Patrich Wanggai pada minit ke-61 dan Titus Bonai minit ke-89.

Adakah Malaysia mampu mengulangi pencapaian membenam cabaran pasukan Indonesia seperti yang ditunjukkan pada peringkat kumpulan sekaligus mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang dimenangi pada tahun 2009. Atau Indonesia bakal membalas dendam kekalahan di peringkat kumpulan sekaligus merampas pingat emas dari Malaysia?

Info Perlawanan Akhir Sukan Sea 2011:

Indonesia lwn MALAYSIA
21/11/2011 | 8.00 malam
Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
LIVE ASTRO ARENA 801

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger