Sukan Sea 2011 | Malaysia sekadar seri perlawanan pembukaan

Monday, November 7, 20110 comments


credit wallpaper : FB Bolasepak Malaysia

Skuad anak buah Ong Kim Swee gagal mencuri tiga mata beharga pada perlawanan pembukaan Sukan Sea apabila sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam saingan kumpulan A.

Malaysia yang turun selaku juara bertahan bermula longlai pada separuh masa pertama apabila Singapura dilihat lebih menguasai perlawanan. Singapura hampir mendahui Malaysia dengan beberapa percubaan namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi dan juga pertahanan.

Pada separuh masa kedua, Malaysia dilihat merubah corak permainan dan lebih banyak menguasai perlawanan. Peluang terbaik Malaysia apabila Fandi Othman dijatuhkan dalam kotak penalti, namun pengadil menafikan untuk memberi sepakan penalti kepada Malaysia.

Kegagalan barisan serangan dan tengah dilihat menjadi faktor utama Malaysia gagal melakukan percubaan berbahaya ke kubu Singapura. Hanya dua percubaan sepakan percuma daro ketua pasukan, Baddrol Baktiar sahaja dilihat mampu menghasilkan gol buat pasukan negara.

Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia bakal menghadapi ujian lebih getir apabila dijadualkan bertemu pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger