Nizad Ayub sertai Felda United

Monday, November 7, 20111comments


Nizab Ayub bakal sertai Felda United 2012

Bekas penyerang Kelantan musim 2011, Nizad Ayub bakal menyertai Felda United untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut sumber, pada mulanya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hanya mahu memberi pinjam pemain ini kepada mana-mana pasukan yang menginginkan khidmat beliau. Namun setelah mendapat tawaran yang lumayan dari Felda United, Nizad Ayub bertindak untuk mendapatkan pelepasan penuh dari majikannya.

Perpindahan Nizad Ayub ke pasukan Felda United dilihat satu langkah bijak untuk perkembangan karier beliau berikutan banjiran pemain bintang yang akan mewakili skuad The Red Warriors musim depan. Jika di Felda United, peluang untuk beliau tampil selaku kesebelasan utama adalah lebih baik berbanding menyarung jersi merah putih Kelantan.

Selamat maju jaya diucapkan untuk karier penyerang anak jati Kelantan ini.

Share this article :

+ comments + 1 comments

November 8, 2011 at 10:15 AM

mmm...ksiannya budak pompuan kelas ak...
nangis la diorang nnti haha,
maklumla org yg dminati dah kluar~~

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger