TRW yang terawal umum senarai pemain 2012

Tuesday, November 8, 20110 comments


Tan Sri Annuar Musa mengumumkan senarai pemain TRW 2012.

Pasukan Kelantan The Red Warriors muncul pasukan pertama yang membuat pengumuman rasmi senarai pemain yang akan beraksi bersama pasukan untuk musim 2012. KAFA menerusi presidennya, Tan Sri Annuar Musa membuat satu majlis ringkas bersama media dan penyokong pagi tadi, di Cafe TRW Station bagi mengumumkan senarai penuh pemain yang sudah menandatangani kontrak termasuk pemain import.

Penyerang Lebenon, Muhammed Ghaddar SAH sertai TRW 2012.

Setakat ini, KAFA sudah menandatangani tiga orang pemain import dimana dua darinya akan didaftarkan untuk bermain Liga Malaysia dan Piala AFC 2012 manakala seoarang lagi hanya didaftarkan untuk saingan Piala AFC. Hal ini berlaku, kerana untuk saingan liga Malaysia, FAM menghadkan hanya dua pemain import dibenarkan bermain untuk satu pasukan, manakala AFC pula membenarkan pasukan mendaftar sehingga empat pemain.

Kelantan yang dilihat serius untuk bersaing didalam Piala AFC terpaksa mengambil risiko dengan menandatangani maximum empat pemain import yang dibenarkan AFC. Setakat hari ini, sudah tiga import sudah didaftarkan, manakala tambahan seorang lagi import untuk saingan AFC bakal menyusul kemudian.

Danny Antwi dan Emmenual Okine SAH pemain import TRW.

Antara pemain import yang sudah sah menjadi milik Kelantan ialah penyerang, Mohammed Ghaddar dari Lebenon, pemain tengah Emmenuel Okine dari Ghana yang akan bermain dalam saingan Liga Malaysia dan AFC manakala seorang lagi penyerang, Danny Antwi dari Ghana yang hanya akan bermain dalam Piala AFC. Seoarang lagi pemain import dari Eropah, masih dalam rundingan untuk didaftarkan untuk saingan AFC.

Trio Farhan, Azizi, Indra kembali perkasa TRW. (SAH)

Untuk pemain "import tempatan" pula, kembalinya tiga "trio" yang pernah bersama Kelantan suatu ketika dahulu, Norfarhan Muhammad, Indra Putra dan Azizi bakal menjadikan pasukan The Red Warriors lebih kuat untuk musim 2012. Walaupun kembalinya "trio" ini dalam pasukan 2012 sedikit sebanyak tidak disenangi oleh segelintir penyokong ekoran "kisah lama", namun masih ramai yang menyokong tiga pemain ini menyertai The Red Warriors. Ketiga pemain ini mempunyai corak permainan yang cukup bagus dan diakui sendiri oleh presiden, Tan Sri Annuar Musa, bakal memberikan impak yang positif untuk pasukan. Penulis mahu menyeru kepada semua penyokong supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada "trio" ini dan juga pasukan.

Azlan Ismail, Penyerang. (SAH)

Selain dari senarai itu, penyenaraian pemain yang masih di dalam kecederaan, Azlan Ismail sedikit sebanyak mencetuskan kehairanan dikalangan penyokong. Namun, sudah pasti, KAFA sudah membuat satu keputusan yang terbaik, dan tidak akan mendapat kerugian kerana penyerang berbisa itu bakal memberi impak yang baik diposisi serangan sekembalinya dari kecederaan nanti. Beliau dijangka akan sembuh sepenuhnya pada awal March.

"Klik" gambar untuk size lebih besar.


SENARAI RASMI PEMAIN THE RED WARRIORS 2012 :

Presiden : Tan Sri Annuar Musa
Pengurus : Azman Ibrahim
Jurulatih : Peter James Butler
Pen. Jurulatih : Zahasmi Ismail

Pemain-pemain mengikut nombor jersi :

SENARAI RASMI PEMAIN THE RED WARRIORS 2012 |

Presiden : Tan Sri Annuar Musa
Pengurus : Azman Ibrahim
Jurulatih : Peter James Butler
Pen. Jurulatih : Zahasmi Ismail

Pemain-pemain mengikut nombor jersi :

1) Shahrizan Ismail
2) Azizi Mat Rose *BARU (SAH)
3) S.Subramaniam
4) Emmenual Okine *BARU | Import (SAH)
5) Nik Shahrul Azim *Daftar Piala Presiden
6) Farisham Ismail
7) Ramzul Zahini Adenan
8) Shakir Shaari

9) Norshahrul Idlan Talaha
10) Norfarhan Muhammad *BARU (SAH)
11) Aziz Ismail
12) Nurul Azwan Roya
13) Indra Putra Mahyudin *BARU (SAH)
14) Mohd Zamri Ramli
15) Daudsu Jamludin
16) Badri Radzi
17) Rizal Fahmi

Rosid
18) Denny Antwi *BARU | Import (SAH)
19) Khairul Fahmi Che Mat
20) Syazwan Yusoff * Daftar Piala Presiden
21) *Import dari Eropah (Dua Calon)
22) Muhammed Ghaddar Mahmoud *BARU | Import (SAH)
23) S.Chanturu
24) Zairul Fitree Ishak
25) Azlan Ismail *BARU (SAH)
26) Izuan Salahudin *Daftar Piala Presiden
27) Khairul Izuan Rosli
28) Aris Zaidi * Daftar Piala Presiden

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger