Muhammed Ghaddar elemen "kejutan" The Red Warriors 2012

Monday, November 7, 20110 comments


Gambar yang tersebar di internet.

Penyerang berusia 27 tahun, Muhammed Mahmoud Ghaddar dari Labenon dijangka menjadi salah satu elemen "kejutan" yang bakal menyertai The Red Warriors untuk musim 2012. Pemain ini pernah disebut-sebut bakal diuji oleh The Red Warriors namun sejak akhir-akhir ini namanya semakin tenggelam. Adalah kedatangan beliau ke Kelantan dirahsiakan?

Jika benar beliau akan menyertai The Red Warriors, ini bermakna beliau menjadi pemain import kedua bakal ditandatangani The Red Warriors selepas Denny Antwi juga dikhabarkan telah menjadi pilihan utama untuk mengisi salah satu slot kuota import di dalam pasukan The Red Warriors.

Adakah The Red Warriors akan mengambil dua pemain import untuk posisi penyerang untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha? Denny Antwi juga merupakan pemain yang beraksi di posisi serangan. Kelebihan Muhammed Ghaddar yang juga boleh bermain di posisi 'Acttacking Midfielder" juga memberi kelebihan variasi formasi yang bakal digunakan oleh jurulatih Kelantan, Peter James Butler.

Aksi Muhammed Ghaddar ketika bersama pasukan lamnya, Nejmeh.


Info ringkas mengenai Muhammed Ghaddar.



Credit Photo & Info : Mr.Google, Facebook & Wikipedia

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger