3 Abdul Terlepas ??

Tuesday, January 25, 20110 comments


Tiga "Abdul" terlepas hukuman!

Berita terkini! Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Tan Sri Annuar Musa, difahamkan tiga pemain, Indra Putra Mahyudin, Muhammad Norfarhan dan juga Azizi Matt Rose terlepas dari hukuman Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru sahaja selesai bersidang!

Kenyataan dari Tan Sri Annuar Musa di Facebook beliau.

Trio itu yang meninggalkan pasukan pada saat akhir, sedangkan masih lagi mempunyai kontrak dengan pasukan Kelantan gara-gara tidak membalas notis terlepas dari hukuman. Satu lagi tamparan hebat dari FAM kepada KAFA selepas semalam B. Sathianathan dijatuhi hukuman gantung selama 6 bulan!! FAM adil? Awal-awal lagi mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikan oleh Dato' Taqiudin digantikan dengan orang lain kerana "kononnya" bagi mengelakkan konflik!!

Keputusan ini sekali lagi membangkitkan rasa marah di kalangan penyokong yang masih pun belum reda dengan isu keas B. Sathianathan!


Kredit Gambar : Kosmo Online!
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger