B. Sathianathan Kekal Bersama Kelantan!

Tuesday, January 25, 20118comments

B. Sathianathan, kekal bersama Kelantan


Ternyata spekulasi yang mengatakan jurulatih B.Sathianathan sudah meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan The Red Warriors ternyata meleset. Seperti yang diketahui umum, B. Sathianathan telah digantung 6 bulan oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara memberi komen di media mengenai vanue perlanan yang melibatkan pasukan Perlis dan juga Terengganu. Ternyata, keputusan FAM itu menaikkan kemarahan penyokong pasukan Kelantan dan keputusan itu adalah tidak wajar sama sekali! FAM oh FAM! Apa agenda disebalik pergantungan B.Sathianathan?

Di sebalik kebodohan FAM menjatuhkan hukum keatas B. Sathianathan, Tan Sri Annuar Musa dan KAFA bertindak jauh lebih bijak dengan mengekalkan B. Sathianathan di Kelantan. Beliau telah dilantik sebagai "Penasihat Teknikal dan Pembangunan Kepada Presiden" dan sebagai CEO "KELANTAN AL-HAMRA RED WARRIORS FOOTBALL ACADEMY" (KARFA) berkuat kuasa mulai 1 Februari 2011. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Semua dapat kita lihat, FAM seolah-olah mahu menutup periuk nasi B.Sathianathan, namun Tan Sri Annuar Musa dan juga KAFA bertindak bijak dengan menjaga periuk nasi seorang jurulatih yang pernah berjasa dan mengharumkan nama pasukan Kelantan. Dulu, di FAM pun, ketika B.Sathianathan pernah melatih skuad kebangsaan, beliau berjaya membawa Malaysia menjulang kejuaraan Pesta Bola Merdeka, namun jasa itu ternyata tidak dikenang. Itulah orang kita..... MUDAH LUPA!! Tapi bagi Tan Sri Annuar Musa dan KAFA, jasa yang disumbangkan itu akan dibalas dengan seribu kebaikan. Jasamu dikenang B.Sathianathan. ORANG KITA TAK LUPA...

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa di Facebook Beliau.


Mengenai isu pelantikan jurulatih baru bagi pasukan Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa perkara itu belum diputuskan lagi. Untuk sementara waktu itu, tugas itu dipangku oleh penolong jurulatih, Hashim Mustapha dan pengecualian akan dari pohon dengan FAM sehingga jurulatih lesen A yang sesuai ditemui. Antara nama-nama yang dikhabarkan mengisi kerusi panas itu ialah bekas pengendali Kelantan sebelum diambil oleh B.Sathianathan, iaitu Peter James Butler, Azraai Khor Abdullah, bekas jurulatih Kedah dan juga Harimau Muda A, Bojan Hodak yang pernah bersama Sherby Sigh membina pasukan My Team dan juga M. Kharatu. Satu lagi nama yang layak bagi penulis ialah saudara Nidzam Adha yang juga pernah menjadi penolong jurulatih Kedah ketika kedah menjulang kejuaraan "double treble".

Jika diikutkan, kes B.Sathianathan terlalu kecil dan teguran B. Sathianathan di media adalah berasas, bukanya beliau menabur fitnah. Adakah FAM tidak mampu menerima kritikan? Pantang dicuit terus melatah bagaikan anak kecil. Jika nak dibandingkan kes B.Sathianthan dengan kes Kahirul Anuar Baharom "menanduk" Haris Safwan Kamal dari T-Team sejurus selepas tamat permainan, kes itu lagi berat kerana menyerang secara fizikal. Tapi apa keputusan kepada kes itu? Khairul Anuar Baharom hanya digantung 3 perlawanan sahaja? Penulis ulangi TIGA PERLAWANAN. Dalam bahasa Inggeris pula, "THREE MATCHES"!! Manakala B. Sathianathan yang hanya memberi sedikit komen di media digantung 6 bulan. Sekali lagi penulis tekankan ENAM BULAN bersamaa dengan separuh musim. FAM adil? FAM buta? FAM Kayu? Atau peraturan sedia ada memang terlalu kejam dah perlu diubah? YA, perlu diubah, bila saja Jurulatih dari negeri "itu" pula yang membuat kesalahan, semua peraturan boleh "diubah" bila-bila masa sahaja.

Persatuan paling ..................... (Lu pikir la sendirik!!)


Komen B. Sathianathan mengenai vanue perlawanan itu dikatakan salah, bagaimana pula kes pegawai-pegawai dari Negeri Sembilan yang mempertikai keputusan FAM mengubah perlawanan Piala Sumbangsih yang sepatutnya menemukan Juara Piala Malaysia dan Juara Piala FA, namun FAM "kononnya" telah mengubah peraturan itu sejak awal musim lagi. Dan ramai pegawai dari Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan itu, namun, mereka tidak dipanggil untuk mengadap pun! Oh penulis lupa, insiden tu bukannya dari pasukan Kelantan. Kalau Kelantan yang membantah, baru lah kena. Sekecil-kecil kesilapan dari pasukan Kelantan akan dibesar-besarkan dan sebesar-besar kesalahan dari "pasukan tertentu" di kecil-kecilkan. Oh sekali lagi penulis lupa, pasukan The Red Warriors terlalu hebat dan dicemburui ramai! Tahniah The Red Warriors! KAFA lagi bagus dari FAM!



Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
January 25, 2011 at 4:49 PM

kemah!

January 25, 2011 at 5:00 PM

jolo2.......
kemah keming sep kito!!!

January 25, 2011 at 5:10 PM

terima kasih.

Anonymous
January 25, 2011 at 5:19 PM

THREE MATCHES...tukar..heheehe
kemasss ulasan

January 25, 2011 at 5:56 PM

Terima kasih tegur boh... lorat... hehe

January 25, 2011 at 7:16 PM

walaupun hanya setengah musim... tp sbnrnya sathia hanya sempat masuk 1 game jah. lawan perak 30 julai 2011. masa tu mungkin juara liga dah tau dh. dan mgkin game last tu hanya pelengkap jadual.

January 26, 2011 at 12:24 AM

yup. betul kata demo. yg ada hanya Piala malaysia. tapi insya'ALLH, B.Sathianthan akan cuba utk melawan kes. dia xpuas hati dgn keputusan FAM.

Anonymous
January 27, 2011 at 7:17 PM

boh,tajuk gapo lagu dale blog demo ni?sedak dengar tapi xtahu nok donlod mano

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger