Prebiu Perlawanan : Felda United lwn Kelantan | Kelantan Tiada Pilihan

Saturday, March 19, 20110 comments



Aksi panas suku akhir pertama

Pasukan Kelantan tidak mempunyai pilihan lain selain dari mencari kemenangan mutlak apabila turun menentang Felda United dalam suku akhir kedua Piala FA, malam esok. Felda United akan melayan kunjungan pasukan "pelawat" Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Pada perlawanan lepas, Felda United berjaya mengikat Kelantan 2-2 dan jaringan 2 gol di tempat lawan itu memberi kelebihan kepada pasukan Felda United untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Felda United hanya memerlukan keputusan seri 0-0 atau 1-1 untuk menyingkirkan Kelantan, manakala pasukan Kelantan memerlukan kemenangan untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Sudah pasti, tekanan akan terarah kepada pasukan Kelantan yang perlu mencari gol awal untuk kembali bernafas. Turun selaku pasukan "pelawat", nasib sedikit menyebelahi pasukan Kelantan apabila Felda United memilih Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebagai vanue perlawanan. Felda United akan bertindak sebagai "tuan rumah" pada perlawanan malam esok. Sudah pasti, stadium akan dilimpahi puluhan ribu penyokong setia The Red Warriors, dan kelebihan ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh pasukan Kelantan untuk kembali bangkit dengan semangat baru.

Nurul Azwan Roya dijangka menyerlah


ANALISIS KESEBELASAN UTAMA PASUKAN KELANTAN :


PENJAGA GOL :

Pada dua perlawanan terakhir, Khairul Fahmi Che Mat sudah melepaskan 4 gol masing-masing ketika tewas 0-2 di tangan Pahang, dan ketika seti 2-2 menentang Felda United dalam suku akhir pertama. Namun, kredibiliti Khairul Fahmi tidak diragui dan sudah pasti beliau sudah bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pada malam esok. Selain itu, Kelantan juga memiliki penjaga gol berpengalaman, Shahrizan Ismail yang turut mampu menggalas tugas selaku penjaga gol utama Kelantan.


PERTAHANAN :

Di posisi pertahanan, Rizal Fahmi yang baru saja mendapat "call up" untuk mewakili pasukan negara dijangka akan menjadi nadi utama untuk memastikan benteng pertahanan Kelantan sukar untuk dibolosi. Beliau akan dibantu Farisham Ismail di pertahanan tengah. Sementara di bahagian pertahanan kanan sudah pasti menjadi milik Daudsu Jamludin yang beraksi cemerlang setakat ini. Sementara di posisi pertahanan kiri, kembalinya Zairul Fitree dari pergantungan perlawanan akan menguatkan lagi posisi bek kiri. Pada perlawanan lepas,, tempat beliau diambil alih oleh Aziz Ismail yang turut beraksi cemerlang dalam penampilan pertama beliau. Wan Rohaimi pula dijangka akan diletakkan di bangku simpanan bersama S.Subramaniam.


TENGAH :

Ketua pasukan, Badri Radzi perlu lebih bekerja keras dalam menjana serangan dan membantu pasukan menjaringkan gol. Beliau akan dibantu oleh pemain tengah bertahan, Shakir Shaari yang memainkan peranan dalam mempertahankan kubu pasukan disamping melancarkan serangan. Di posisi sayap kiri, khidmat Nurul Azwan Roya sudah pasti ditagih untuk mempamerkan aksi lincah mengucar-kacirkan kubu pasukan lawan. Sementara posisi sayap kanan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada menjadi milik Solehin Kanasian mahupun S.Chanturu. Selain itu, Kelantan mempunyai Zulyusry Che Harun yang boleh bermain di posisi sayap kanan. Dijangka, Solehin Kanasian akan mengisi posisi berkenaan sementara S.Chanturu ditolak untuk bermain di posisi serangan. Danial Fadly pula dilihat mampu dimasukkan pada bila-bila masa.


PENYERANG :

Gandingan Norshahrul Idlan Talaha bersama Khalid Jamlus pada perlawanan lepas dilihat kurang menampakkan kesan. Kemungkinan akan ada perubahan diposisi serangan dimana Norshahrul mungkin akan digandingkan dengan S.Chanturu atau bermain secara sendirian sebagai penyerang tunggal. Kelantan dilihat kurang pemain di posisi penyerang. M.Karathu dilihat masih lagi buntu untuk mencari gandingan Norshahrul. Beliau mempunyai pilihan terhad iaitu samaada Khalid Jamlus atau Nizad Ayub. S.Chanturu pula bukanlah pemain penyerang, tetapi beliau mampu bermain di posisi tersebut. Ramzul Zahini pula terpaksa berehat panjang akibat cedera.

KESEBELASAN KEMUNGKINAN (4-4-2)

Khairul Fahmi

Daudsu | Rizal | Farisham | Zairul

Shakir
Solehin | Badri (C) | Nurul Azwan

Norshahrul | S.Chanturu



RAMALAN wawanfaiz.com :
Felda United FC 1-2 Kelantan FA

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger