Dua pemain Piala Presiden dinaikkan ke Liga Super?

Saturday, April 9, 20112comments



Farhan dan Izuan berlatih bersama skuad senior, petang tadi.


Disaat Kelantan kekurangan pemain di posisi serangan dan sayap kanan, muncul kelibat Mohd Farhan Yaacob dan Mohd Izuan Solahudin di padang latihan bersama skuad utama Liga Super Kelantan. Farhan dan Izuan merupakan pemain muda meningkat naik dan beraksi untuk pasukan Piala Presiden Kelantan.

Sebelum ini, terdengar desas desus ada pemain Piala Presiden yang bakal diserapkan dalam skuad utama Liga Super Kelantan bagi memantapkan skuad yang sedia ada. Akhirnya, petang kelmarin penulis dapat menyaksikan kelibat dua pemain ini berlatih bersama-sama skuad senior Kelantan. Namun, penulis tidak berjaya mendapatkan komen mengenai perancangan jurulatih terhadap dua pemain ini dalam pasukan. Adakah pemain ini bakal disenaraikan dalam skuad yang bakal menentang Felda United malam ini? Sama-sama kita saksikan.

Bagi pandangan peribadi penulis, kehadiran kedua pemain ini dalam skuad senior Kelantan dilihat satu tindakan bijak kerana kedua pemain ini mempunyai potensi besar untuk lebih maju. Dalam keadaan Kelantan yang kurang pemain di bahagian serangan dan sayap, tidak salah untuk memberi peluang kepada kedua pemain ini untuk beraksi. Mungkin terlalu awal untuk menyenaraikan kedua pemain ini dalam kesebelasan utama pasukan, namun penulis berasa wajar jika jurulatih menyenaraikan kedua pemain ini dalam senarai pemain simpanan. Mereka telah membuktikan mereka adalah yang terbaik dalam saingan Piala Presiden, jadi tidak salah untuk memberi mereka lebih peluang untuk menonjol dalam tahap yang lebih tinggi.

Siapa Farhan dan Izuan?

Mohd Farhan Yaacob merupakan penyerang utama skuad Piala Presiden Kelantan. Pemain kidal (kaki kiri) ini mempunyai kelebihan dari segi kepantasan, skil dan juga rembatan. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam mengambil sepakan percuma.

Mohd Izuan Solahudin pula merupakan seorang pemain sayap lincah. Beliau mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan juga gelecekan. Pemain muda ini pernah diturunkan dalam Liga Super pada tahun lepas. Beliau juga merupakan pemain tonggak dalam skuad Piala Presiden Kelantan.


Mohd Farhan Yaacob (penyerang)


Mohd Izuan Solahudin (sayap kanan/kiri)


Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 9, 2011 at 3:17 AM

Perenggan 2-'terharap' (^^) tak sir tidur ke? owh... sabtu (^^) Sesiapapun dalam pasukan nanti, semoga bermain bersungguh-sungguh untuk pasukan kita. Dan semoga kejayaan beroleh kepada pihak kita. Kami akan tetap menyokong anda semua. GKG.
-az-

April 9, 2011 at 3:23 AM

Tq sekali lagi Az. ngantuk dooh.. tubik kul 8 pagi tadi g jawab test.. kul 11 sakni baru kelik.. esk pagi nak tubik g kar ARMY plop.. malam game plop.. apa2 pun TQ AZ

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger