Felda United mahu balas dendam

Saturday, April 9, 20110 comments



Barisan Felda United yang tumpas 0-3 di Kota Bharu pada perlawanan lepas

Jurulatih Felda United, E.Elavarasan yakin pasukan kendalian beliau, Felda United mampu melakar kejutan dalam aksi saingan Liga Super menentang Kelantan, malam ini. Walaupun rekod terakhir kedua pasukan ini lebih berpihak kepada pasukan tuan rumah, Kelantan dimana Kelantan pernah menyingkirkan Felda United dalam saingan suku akhir Piala FA dengan agreget 5-2, jurulatih berpengalaman itu optimis pasukannya mampu mencapai kemenangan jika berjaya mencari gol awal.



Menurut E.Elavarasan, turun sebagai "underdog" memberi sedikit kelebihan kerana kurang tekanan. Jadi inilah masa terbaik untuk Felda United membalas kekalahan keatas Kelantan dalam saingan Piala FA tempoh hari. Untuk rekod 3 perlawanan terakhir Felda United, pasukan itu dilihat sukar dijangka prestasinya. Felda United menang 2-0 keatas Perlis, tewas 0-1 kepada pasukan Perak dan seri 1-1 pada perlawanan terakhir, menentang pasukan Sabah. Manakala bagi pasukan Kelantan pula, kekalah 3-4 kepada pasukan T-Team pada perlawan terakhir memberi tamparan hebat buat pasukan bergelar The Red Warriors itu.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger