"Copy & Paste" lah dengan betul :)

Tuesday, November 22, 20111comments



Assalamualaikum... Pertama kali, gua nak tekankan disini, gua TAK KISAH kalau orang nak "copy & paste" artikel di blog ini. Tetapi biarlah dengan cara yang betul. Kenapa gua kata SALAH, dan kenapa gua kata ada yang TAK BETUL? SALAH dan TAK BETUL bagi gua bila korang "eksploitasi" artikel milik gua untuk kepentingan korang.

ANTARA KESALAHAN :
  • "Copy & Paste" artikel tanpa meletak kredit kepada sumber asal.
  • Menggunakan nama penulis asal sehinggakan orang lain menyangka blog itu milik beliau.
  • "Copy & Paste" dari artikel asal, tetapi tidak menyusun dengan cantik. Dalam erti kata lain, "Copy & Paste" dan "Publish" tanpa menghiraukan hasilnya.
  • Blog korang semuanya menyiarkan hasil kerja orang lain (Copy & Paste) tanpa satu pun artikel milik anda. Jadi, apakah fungsi blog anda? Hanya untuk mengaut keuntungan dari iklan yang dipaparkan di blog anda? Jika YA, kena la bayar royalti kat gua sebab korang guna artikel gua untuk orang jenguk blog korang :P
  • "Copy & Edit & Paste" juga merupakan satu kesalah. Anda "Copy" dari blog lain, tapi meng"Edit" artikel itu dan menjadikannya hak milik anda. INI KESALAHAN yang boleh dianggap MENCURI.

CARA "COPY & PASTE" ARTIKEL DI BLOG WAWANFAIZ.COM :
  • "Copy & Paste" artikel di blog ini tanpa meng"Edit" kandungan asal. Tapi jangan la "Copy" sampai ke "Singnature" gua. Lagi satu, lepas "Copy & Paste", susunlah balik apa yang anda "Copy" tu dengan susunan yang baik. Jangan biarkan ia nampak cacat. :)
  • Korang dibenarkan untuk "Copy & Paste" artikel di blog gua, tapi di awal atau akhir artikel, sila berikan kredit kepada sumber asal. Contoh :
  1. dipetik dari : wawanfaiz.com
  2. sumber asal : wawanfaiz.com
  3. credit : wawanfaiz.com
  4. artikel asal : wawanfaiz.com
(Sila link-kan terus ke "adress" artikel asal itu").

ATAU (Jika tanpa link)
  1. dipetik dari : www.wawanfaiz.com
  2. sumber asal : www.wawanfaiz.com
  3. credit : www.wawanfaiz.com
  4. artikel asal : www.wawanfaiz.com
  • Tujuan memberi "kredit" atau meletakkan "link" sumber asal adalah menyenangkan untuk pembaca membuat rujukan. Kerana, setiap artikel yang dikeluarkan adalah dibawah tanggungjawab penulis asal. Jika ada kesalahan di dalam pengeluaran artikel, penulis asal perlu bertanggungjawab keatas artikel yang dikeluarkan.
  • Yang keduanya, tujuannya adalah bagi menghormati titik peluh dan usaha penulis asal yang menulis dengan hasil usaha sendiri. Mudah bukan? Bukan kena bayar pun.

**Sekali lagi, gua ingin tekankan disini, gua tidak mengahalang korang untuk menyalin (Copy & Paste) artikel blog gua sebab apa yang ada di blog gua ini sememangnya untuk dikongsikan. Malah gua berterima kasih kerana anda turut membantu gua dalam mempromosikan artikel penulisan gua. Cuma saranan gua, "Copy & Paste" lah dengan cara yang betul. Hormati hasil karya orang lain. Jangan hanya menggunakan hasil kerja orang lain untuk keuntungan peribadi. Sebab gua sendiri pun tak dapat untung apa-apa dari hasil penulisan gua. Gua hanya buat suka-suka, untuk bola sepak Kelantan & Malaysia. Terima Kasih. :)

Share this article :

+ comments + 1 comments

November 22, 2011 at 8:53 PM

wawan..blog mana? share ah..leh terjah

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. wawanfaiz.blogspot.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger